m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, September 9, 2011

Bersukan dan bergambar

Gelanggang badminton dibuka kembali pada bulan Syawal. Dengan semangat berkobar-kobar aku turun ke gelanggang sebelum jam mencecah pukul 10 malam. Masih belum ada lain yang datang. Bila kubuka beg raket, aku dapati raket Apac bernilai RM90 telah membengkok teruk. Frame-nya retak, dan hampir patah. Aku putuskan untuk membuangnya saja. Sementara menanti yang lain datang, aku telah mengimport 3 orang pemain dari court sebelah untuk bermain badminton denganku. Rentak permainanku terjejas teruk setelah cuti lebih sebulan. Tak lama kemudian Kois datang. Faiisal juga menyusuli. Cuma kami bertiga yang hadir. Lalu dalam setiap permainan, kami akan mengimport seorang pemain dari geng sebelah. Sesiapa yang partner dengan geng sebelah pasti menang. Baik Kois, Faiisal, mahu pun aku. Maknanya mutu permainan kami masih belum setaraf lagi. Walau bagaimanapun Kois bermain agak cemerlang semalam. Faiisal mendapat rentak agak di penghujung sedikit. Dan aku hilang rentak setelah penat, iaitu di hujung-hujung permainan.


Bermain badminton mesti ada adegan bergambar. Di sini aku pamerkan hasil tangan dari tiga orang jurufoto profesional: Kois, Faiisal dan aku sendiri.


Jurufoto: Kois. Menggunakan kamera Nikon BB dengan apature seluas mulut badak air. Lensa khas jenama Vivitar dipadankan dengan filter khas-Diamond Water Filter.


Jurufoto: Faiisal. Menggunakan kemera Canon Ball BB. Filter polariser digabungkan dengan lensa kanta pembesar. Menggunakan filem ASA 1000 serta apature speed selaju 150km/j.


Juruforo: Aku. Menggunakan camera Minolta BB yang dipadankan dengan lensa Minolta juga. Filter ultra-violet digunakan bagi mendapatkan kesan khas CGI. Apature seluas mata memandang dan speed selaju kilat menghasilkan fotografi yang sangat magis.

No comments:

Post a Comment