Ini hari Khamis lalu punya cerita. Setelah penat membeli belah kat kedai, membeli barang-barang makanan untuk menyambut Hari Malaysia esoknya (16 September), aku pun dengan segera menuju dewan badminton yang terletak sepelaung jauhnya dari rumah aku. Abang Zahid, Ali, Abby dan Faiisal telah pun berada di gelanggang, sedang menunggu aku bawak net dan tangkis. Net dipasang dan kami pun terus main. Kali ni memang sangat menyeronokkan.
Setelah sekian lama bermain dengan pemain yang tak begitu ramai, kali ni ada lapan pemain yang datang semuanya, termasuklah Abang Zai, Faridz dan Kois. Teringat macam zaman dulu-dulu sewaktu kami mula-mula berjinak dengan badminton. Persoalannya sekarang ialah apakah perkaitan badminton dengan basikal? (Eh eh, tukar topiklah pulak). Jejari tayar basikal tu tu kalau dikaji secara mendalam menyebabkan kita lebih faham mengenai teknik membuat pukulan menggunakan raket badminton. Roda basikal yang boleh meluncur deras tu akan menjadikan smash kita semakin laju sehingga mencapai ke tahap kurang-kurang 450 km/j pada pukulan biasa dan boleh mencapai 870 km/j sekiranya membuat jumping smash. Handle basikal tu pulak macam handle raket badminton yang perlu dipelbagaikan cara pegangannya. Tapi ini adalah rahsia kita-kita aje tau. Jangan sampai rahsia ni jatuh ke tangan Lin Dan, Pete Gade atau Taufik Hidayat. Dikhuatiri mereka pulak yang akan menjuarai kejohanan-kejohanan yang selanjutnya. Shhhhh...
Faiisal sedang mengkaji roda basikal dengan penuh berdedikasi. |
No comments:
Post a Comment