Kaum ibu telahpun mencukur jambul baby Adrian. Kini tiba giliran kaum bapa pula. Memang inilah saat yang kami nanti-nantikan. Bermula dengan bacaan doa selamat yang dikendalikan oleh moyang Atuk Atan. Kami berselawat Nabi dan upacara menggunting rambut pun berlangsung bagaikan upacara menggunting riben jugak gamaknya.
|
Ayahanda kepada baby Adrian. |
|
Moyang Atuk Atan menurunkan ilmu cara-cara memilih rambut yang terbaik untuk dipotong. |
Moyang Atuk Atan menggunting jambul baby Adrian dengan sangat hati-hati. Tak mahu kulit kepalanya yang masih lembut tercedera. Aku pulak, selaku Atuk Chu yang agak brutal bercadang untuk mengeluarkan mesin cukur rambut yang baru aku beli kat kedai gunting rambut mamak berdekatan. Dan secara tiba-tiba semua orang menegah dengan menjerit, "Jangannn!!! Jangan gunakan mesin tu!!!" Aku tersentak. Lalu kubatalkan niat asalku. Dan aku sekadar memotong beberapa helai rambut baby Adrian menggunakan gunting kecil yang disediakan.
|
Giliran aku pulak. Gembira dapat melaksanakan suatu tugas yang berat dengan jayanya. |
|
Pakcik Hafez nak test air kelapa sebelum potong jambul. |
|
Beratur mengambil giliran. |
|
Atuk punya turn. |
Majlis gunting menggunting berlangsung berterusan. Ayahandanya juga turut menggunting. Sewaktu giliran kaum bapa menggunting, baby Adrian kelihatannya tidak tenang seperti sebelum ini. Barangkali kaum bapa terlalu brutal sangat. Kesian baby Adrian, menangis dan menjerit. Setelah selesai, bonda Nadia mendodoinya sehingga baby Adrian tertidur nyenyak.
|
Ayahanda pun nak cuba mencantas. |
|
"Eh, rambut warna blonde ni payah nak jumpa kat Malaysia ni. Kena simpan buat kenangan ni", kata Atuk. |
|
Rambut dah penuh dalam buah kelapa. |
|
Bersama Kak Enon. |
Sesudah upacara selesai, sesudah baby Adrian kembali ditenangkan oleh bondanya, kami para tetamu ke khemah untuk makan tengahari. Lauk hari itu sangatlah hebat. Semua makanan kegemaran aku. Ada ikan keli masak goreng cili. Ada sayur nangka muda masak lemak. Ada temboyak tumis ikan bilis. Ada daging masak kurma. Seperti dijangka, aku makan memang bertambah. Bertambah nasi, bertambah lauk dan bertambah gemuk. Dan dalam cuaca yang sebegitu panas, pekena pulak buah tembikai @ semangka @ timun cina, memanglah perghhhhhh... terhapus segala kedahagaan. Kami beransur dengan perasaan sangat puas hati. Sebelum pulang ke rumah, wife aku mintak singgah kat kedai pancing di Kepong. Wife aku hadiahkan beg untuk mengisi batang joran yang hebat. Di rumah kami berehat seketika sebelum bergerak keluar lagi untuk beraya di rumah teman dan saudara yang lain pulak.
Tamat.
|
"Nasib baik jambul aku tak kena potong tadi. He he he.." |
|
Kaum ibu yang mengambil bahagian. |
|
Pemegang mohor dah bertukar jadi pemegang dulang kelapa. |
|
"Kalau anda ada jambul untuk dicukur, hubungilah kami di talian bebas tol 1-800-321-9876." |
|
Hani dan Qalif meraikan sepupu mereka. |
|
Makcik Intan dengan dua anak saudaranya. |