Sabtu lalu pada 30 Julai di Ampang Point telah berlangsung satu perlawanan bowling anjuran Alumni SM Taman Maluri - sekolah wife aku masa dulu. Jadi wife aku dah daftarkan nama aku untuk main. Aku okay aje pasal bowling alley pun kat sebelah rumah aje.
Yang main hari tu ada lebih kurang 40 orang, termasuk ahli alumni SMTM dan pasangan masing-masing. Group dibahagikan mengikut undian yang dibuat secara rawak. Siapa dapat geng orang terer main kira bertuahlah. Dan tuah memang berpihak pada aku pasal aku dapat team mate yang biasa dan handal main bowling. Group aku terdiri dari Sufian, Ogy dan Mona. Biasanya aku score sekadar lebih sedikit dari 100 point aje. Itu pun dan bertahun tak main.
Kami sampai agak lambat pasal pagi tu kami sibuk kemas rumah sempena nak menyambut Ramadhan. Terpaksa kami tangguhkan kemas rumah pasal nak main bowling punya pasal. Nasib baiklah Ampang Point tu dekat sangat dengan rumah kami.
Masuk kat dewan bowling aje semua pemain kena sarung baju uniform warna merah saga. Mula-mula jamu perut dan tekak dulu. Dah kenyang barulah boleh fokus main. Sementara tunggu time main tu aku mundar-mandir dengan Amier nengok orang sambil ambil gambar. Aku menahan tangan yang terketar-ketar dari tadi. Tak taulah sebab apa. Adakah kerana nervous yang bukan kepalang, ataukah kerana terlalu teruja nak melempar bola strike ke arah botol bowling yang disusun bentuk piramid. Kita saksikanlah saja nanti.
Banner selamat datang kepada pemain profesional. |
Zul dan Izham menanti detik perlawanan. |
Wanie memegang kepala adiknya untuk mendapat feel pegang bola bowling. |
Zumaidi dan Nasa bersiap siaga. |
Reha: "Ko baling bola tu kat longkang. Boleh dapat banyak point". |
Empat sekawan, berjanji bermain habis-habisan walaupun bukan dalam satu team. |
Wife aku memberi tips kepada Rozi dan Ogy cara-cara membaling bola macam helikopter. |
Hafiz dan isteri. |
Cup cake yang cantik dan ada lambang sekolah. Aku punya ada orang makan. |
Syahmie pilih bola yang matching dengan warna baju. |
Wanie selaku ketua juri pemarkahan. |
Norie dan Shidah. |
Norie dan Reha. |
Team aku yang terdiri dari Ogy, aku, Mona dan Sufian. |
Raffi nak bolot semua bola yang warna warni tu. |
Nizam yang tenang tetapi mempunyai spin yang sangat dahsyat. |
Zumaidi dan Shidah tak sure nak pilih bola kaler apa. |
Nasa dan pakar Score A. |
Kawan satu sekolah forever. |
No comments:
Post a Comment