Kemuncak bagi acara bowling SMTM hari Sabtu lepas adalah pengumuman pemenang dan pemberian hadiah. Setiap pemain memang mengharapkan kemenangan. Walaupun bola menerjah longkang berbelas kali, namun di sudut sanubari masih terpalit rasa keinginan untuk menjulang trofi yang menjadi igauan setiap pemain profesional seluruh dunia. Juru audit dalaman dan luaran lantas berhempas pulas membuat pengiraan menggunakan segala teknologi tercanggih masa kini.
Trofi terhebat yang diidam-idamkan oleh semua pemain. |
Bergambar bersama sebelum berpisah pulang. |
Sementara menanti detik yang mendebarkan itu, para pemain diagihkan dengan hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah. Begitu banyak hadiah yang diberikan, yang merupakan pelbagai barangan kelengkapan rumah seperti batu giling, pengukur kelapa, penyapu lidi dan cangkul. Peserta yang dipanggil namanya untuk menerima hadiah cabutan bertuah sangat teruja dan gembira, melompat-lompat sehingga kepala mencecah siling. Ada yang siap memberi ucapan untuk jangka masa yang agak lama kerana kemenangan itu.
Ina menerima hadiah dari ustazah. |
Norie: "Inilah cawan yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi". |
Hadiah bertatah ukiran terus dihulurkan kepada yang bertuah. |
Mastura: "Tak pernah saya nengok cawan secantik, jelita dan ayu seperti ini". |
Zulkhairi: "Terima kasih ustazah kerana telah mendidik saya menjadi seorang pemain bowling yang berwibawa pada saat ini". |
Tak lama selepas itu tampillah pengacara majlis, Puan Reha membacakan keputusan muktamad yang telah dirumuskan oleh juru audit. Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Ustazah & Geng. Tempat kedua jatuh kepada Kumpulan Chairil & Geng. Juara jatuh kepada Kumpulan Sufian & Geng. Hadiah diberikan, dan penerima hadiah bagaikan histeria menerima hadiah.
Pemenang tempat ketiga yang terpaksa ditarik semula hadiahnya kerana kesilapan teknikal. |
Chairil, tempat ketiga berkumpulan yang sebenarnya. |
Reha, tempat ketiga berkumpulan yang sebenarnya. |
Raffi, tempat ketiga berkumpulan serta juara menggunakan bola paling berat iaitu 35 pound. |
Pemenang tempat ketiga berkumpulan yang mutlak. |
Tiba-tiba bantahan dibuat oleh kumpulan Azaruddin. "Ini tidak adil!" Begitulah teriakan mereka ketika menidakkan keputusan juri. Lalu Suruhanjaya Diraja dibentuk dan sisatan dilaksanakan. Jelas. Memang ada kesilapan dalam pemarkahan. Walaupun peralatan tercanggih telah digunakan, masih terdapat kesilapan. Bila diperiksa oleh pihak pengurusan dewan bowling didapati bateri bagi alat pengira markah dah lemah, weak dan tak cukup power nak buat pengiraan yang betul. Maka pihak auditor yang diketuai oleh Puan Ogy telah menggunakan cara kuno iaitu menggunakan sempoa bagi mendapatkan markah yang lebih tepat. Dan setelah hampir lima jam mengira, dapatlah satu keputusan yang lebih muktamad dari keputusan muktamad tadi. Dan inilah keputusan yang sebenarnya:
Tempat ketiga: Kumpulan Noreha, Chairil Azan, Ina Azelina & Raffi Shaari dengan jumlah markah sebanyak 1,399. Tempat kedua: Kumpulan Irwan, Intan, Azaruddin & Shahril dengan pungutan mata 1,474 (Inilah kumpulan yang membuat bantahan tadi. Nasib baik buat bantahan, kalau tak, terlepas hadiah lumayan). Dan juara: Kumpulan Sufian, Ogy, Mona dan Adi dengan jatuhan pin sebanyak 1,501. Aku siap buat lompatan somersault macam orang gimnastik bila kumpulan kami diumumkan sebagai pemenang. Aku ingat takda harapan tadi.
Bantahan dibuat oleh kumpulan Azaruddin. |
Juri menilai semua kesahihan pemarkahan. |
Masih aku teringat ketika aku nak membuat balingan terakhir pada round pertama. Masa tu semua balingan aku tengah mengena strike. Aku target nak strike balingan terakhir untuk menggenapkan 300 point. Dengan penuh konsentrasi aku memegang bola. Lalu hayunan profesional aku lakukan. Dan di saat bola hampir terlepas dari jari-jariku tiba-tiba aku terdengar suara Reha menjerit, "Abang Adi, Sarah ajak balik!" Nada itu sebegitu mencemaskan. Aku tersentak dan mataku mencari-cari kelibat isteriku. Tiba-tiba Reha dan kumpulannya mentertawakan aku, sebab itu cuma satu strategi untuk menghilangkan fokusku. Usaha Reha memang berhasil. Balingan kubuat kemudiannya terus menjurus ke longkang. Bukan saja longkang di lane aku, tetapi juga bola itu melantun ke lane-lane sebelah hingga mengganggu peserta-peserta lain. Akibat dari kekacauan itu, aku dikenakan penalti dan markahku ditolak sehingga menjadi 158 mata sahaja. Round kedua fokusku terus hilang dan aku sekadar mendapat 94 markah. Round ketiga aku cuba bangkit dan berjaya mengutip 123 markah.
Ahli kumpulanku, Sufian dan Ogy mengutip begitu banyak markah. Ogy pernah mendapat strike yang berturut-turut sehingga mendapat "Turkey", dan juga "Duck", dan "Chicken", dan yang terhebat dia turut mendapat "Kentucky Fried Chicken" - tahap strike tertinggi dalam permainan 10 pin bowling.
Pemenang tempat kedua berkumpulan yang mutlak. |
Sufian, pemenang tempat pertama berkumpulan. Juga tempat kedua terbanyak bagi jatuhan pin individu. |
Ogy, pemenang tempat pertama berkumpulan. |
Mona, pemenang tempat pertama berkumpulan. |
Aku, juga pemenang tempat pertama berkumpulan. |
Pemenang tempat pertama berkumpulan. |
Hadiah selanjutnya adalah kepada pemain yang mendapat markah tertinggi individu. Azaruddin terbaik bagi kategori lelaki dan Suhaiza terbaik bagi kategori wanita. Tak dilupakan, ada juga juara longkang yang telah dimenangi oleh anak sulungku, Syahmie. Walaupun cukup serius dia membuat bedekan dan balingan, namun bola masih tetap menerjah longkang. Namun hadiah khas tetap menjadi miliknya. Mister Khairul yang menjadi salah seorang penyumbang terbesar dalam pesta kali ini telah juga mendapat cenderahati dari pihak komiti. Kejohanan kali ini memang hapenning. Dan kata orang kuat SMTM, Mister Hafiz, mungkin ini akan dijadikan kejohanan tahunan jika sambutan sebegitu hangat. Kalau begitu, selamat jumpa lagi tahun depan!
Azaruddin, jatuhan pin terbanyak lelaki - 444. |
Suhaiza, jatuhan pin terbanyak wanita - 434. |
Syahmie, juara longkang - 201. |
Mister Khairul menerima cenderahati. |
Hadiah wang tunai yang dimenangi oleh aku dan anak sulungku, Syahmie. |
No comments:
Post a Comment