m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, August 4, 2011

Kalumpang Family Day: Terompah gergasi bak keretapi

Kisah Family Day kat Kalumpang pada 16 Julai lalu sebenarnya masih belum habis lagi. Nilah baru aku nak sambung balik cerita pasal sukaneka. Mula-mulakan dulu main tarik tali. Lepas tu entah macam mana tanah jadi kotor. Kebetulan masa tu ramai yang berkaki ayam. Cuma sorang dua je yang berkaki angsa. Bila tanah jadi kotor tu masing-masing pun nak carilah selipar. Tapi takda pulaknya. Yang ada hanya terompah panjang boleh muat 4 orang sekali pakai. Oleh kerana takda pilihan lain, maka terpaksalah yang berkaki ayam tu memakai terompah yang kena kongsi-kongsi tu.

Penganjur yang kebetulan terlihat adegan pakai terompah ramai-ramai tu kata, "Apa kata kita buat lumba lari pakai terompah tu". Bila semua setuju maka terjadilah satu sukan baru yang diberi nama terompah gergasi. Bakal ditandingkan di sukan Olimpik tahun 2020 nanti.

Memang agak kecoh nak pakai terompah yang macam gini. Baru berdiri dah ada yang jatuh. Itu belum jalan lagi. Masa jalan ada pulak yang tersungkkur sampai luka-luka. Memang acara ni bagaikan suatu aksi lagak ngeri yang menyeramkan. Yang dari mula sampai habis tak jatuh-jatuh dan dapat berjalan dengan steady adalah kumpulan isteriku, Taufik, Siti dan Syakira. Kumpulan inilah yang menjuarai pertandingan ni. Syabas kepada pemenang.

Masing-masing cuba mendapatkan feel dulu.

Kan aku dah kata. Belum apa-apa Faridz dah terkelepek.

Terompah ni ada macam-macam brand - Adidas, Bata dan Nike.

Mak Uda (kat belakang) memastikan para peserta dapat berdiri betul sebelum wisel dibunyikan.

Kumpulan bakal juara sedang memerhatikan betapa peliknya kumpulan lain beraksi.

Perlumbaan sedang berlangsung sengit.

Kumpulan ini menggunakan taktik kanan, kiri, tengah, lompat, kanan, kiri, tengah, lompat.

Juara - Taufik, isteriku, Siti dan Syakira. Mak Uda bagi hadiah.

2 comments:

  1. assalamualaikum , mana nak dapat ye terompah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Yang pasti terompah tu tak da jual kat supermarket. Kena buat sendiri kot gamaknya. Yang kami pakai tu pihak Kalumpang Resort punya.

      Delete