Petang Isnin lalu aku dapat panggilan telefon dari ibuku. Kata ibuku atap rumah bocor. Air mencurah-curah masuk ke ruang tamu, padahal tak ada siapa pun yang jemput air tu masuk. Habis basah lantai, basah carpet, basah tv. Ikan yang aku bela kat akuarium tumpang gembira sambil melompat keluar dan berenang-renang di ruang tamu. Lalu aku contact kawanku yang buat kerja-kerja me-repair untuk segera datang membaiki bumbung rumahku.
Bila balik rumah aku nengok zing flashing bumbung dah tersangkut kat wayar elektrik. Satu lagi terbang kat atap bumbung rumah jiran aku. Oh, patutlah air masuk. Zing dah tercabut. Kat belakang rumah aku nengok dahan pokok jambu dah patah tersembam kat tanah. Sungguh tragis. Seekor semut api telah terpenyet sebelum sempat mengeluarkan api.
Esok pagi kawan kontraktor ku, Aie datang. Dia panjat bumbung dan buat kaji selidik. Dia nampak ada genting pecah. Tapi zing tak pulak tercabut. Maknanya zing tu bukan rumah aku punyalah. Persoalan lain, macam mana genting boleh pecah? Seolah-olah ada batu jatuh dari langit lalu hinggap ke atas genting rumahku. Ibu aku cakap memang hari tu ribut kuat. Macam ada puting beliung. Mungkin zing dan batu tu diterbangkan dari suatu tempat lain yang jauh seperti dari Tanjung Malim atau Pagoh dan dicicirkan ke perkarangan rumah aku. Sangat mengerikan. (Tak ada ke duit nak jatuh dari langit? Keh keh keh...)
Zing tersangkut kat atas wayar elektrik. |
Satu lagi zing terbang atas bumbung rumah jiranku. |
Zing ni kalau jatuh atas kepala orang boleh terbelah dua. |
Dahan pokok jambu yang jatuh tergolek dog. |
Bila pulaklah nak dipotong dahan yang tumbang ni? |
No comments:
Post a Comment