Pemain-pemain bola keranjang terhebat dunia seperti Michael Jordan, Magic Johnson, Kareem Abdul Jabbar dan Shaquille O'Neil bermain di atas court di daratan. Tapi pemain-pemain bola keranjang terhebat keluarga Atuk Atan bermain di atas gelanggang di dalam kolam. Suatu pengalaman yang baru bagi kesemua pemain ketika beraksi di medan Kalumpang kira-kira sebulan yang lalu.
Kumpulan telah dibahagikan. Pemain cuma menantikan wisel mula ditiup. Seekor burung tiba-tiba bersiul yang bunyinya bagaikan wisel. Pemain lantas memulakan permainan. Pengadil meniup wisel mengarahkan permainan dimulakan semula. Dan permainan dimulakan semula bila wisel sebenar ditiupkan.
Dari pandangan mata kasarku, permainan itu memang berat sebelah. Group pertama kalau dikumpulkan jumlah beratnya hampir mencecah 5 tan metrik. Dan group kedua sekadar tak lebih dari 200 kilo. Tapi bukan itu maksud aku sebenarnya. Group yang diketuai oleh Abby nampaknya begitu tangkas membuat hantaran dan terkaman sambil bola di-dribble di dalam air. Dan gol demi gol dijaringkan tanpa dapat ditahan lagi. Group yang dipimpin oleh Akid dan Faridz nampaknya kurang menjadi. Mungkin mereka lebih serasi bermain di dalam air masin dan bukan air tawar. Keputusan memang mutlak, kejuaraan menjadi milik kumpulan Abby, Kois, Faiisal, Amin, Siti, Nana dan Syakira.
|
Menanti wisel berbunyi. |
|
Wisel dah bunyi. Apa lagi, jom kocak air! |
|
Para pemain bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal datang. |
|
Juara permainan bola keranjang air. |
Acara sukaneka terakhir pada pagi itu adalah acara renangan bebas sebanyak 100 lap. Peserta bermula semangat dengan renangan bak roket mengejar bulan. Bila mencecah lap ke-50 barulah masing-masing mula terasa penat dan berenang selaju 10 meter sejam. Masing-masing mula berpeluh hebat sampaikan peluh yang terkumpul banyak itu telah memenuhi kolam mandi sampai melimpah ruah. Namun demikian usaha mencecah garisan penamat tetap diteruskan dan seorang pemenang mutlak serta seorang pemenang kontroversi telah dinobatkan sebagai juara. Pemenang mutlak adalah Siti bagi kategori wanita. Pemenang kontroversi adalah Taufik kerana dia membuat terjunan mula pada kedudukan lebih kehadapan dari peserta lain. Tapi semua peserta sporting dan membiarkan Taufik jadi juara. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang. Acara selanjutnya iaitu menyelam paling lama sampai lemas tak dapat diteruskan kerana peserta terlalu letih bagaikan berada di padang pasir. Begitulah kisahnya.
|
Taufik juara renangan lelaki. |
|
Juara mendapat hadiah dari Ardy. |
|
Naib juara kategori lelaki - Abby. |
|
Juara kategori wanita -Siti. |
|
Naib juara kategori wanita - Syakira. |
No comments:
Post a Comment