Sabtu semalam merupakan hari pertama aku cuti raya untuk tahun ni. Kesempatan ini aku gunakan untuk servis kereta mak aku Exora kat bengkel kereta. Free servis dah habis, jadi aku pergi kat kedai dekat aje. Kedai Proton Edar Servis tu jauh sangat dari rumah aku. Naik commuter tiga hari tiga malam pun belum tentu boleh sampai. Kedai dekat pastinya lebih convenient.
Aku cakap kat tokey kedai, "Boss, kasi servis". Belum sempat aku bergerak ke mana-mana tokey kedai tu cakap, "Boss, sudah siap!" Eh! Cepat betul dia buat. Tapi memang macam tulah selalu kalau hantar servis atau repair, memang ekspress dia siapkan kerja. Tak macam sesetengah bengkel, kalau cakap nak tukar minyak hitam siap jawab, "Sorilah bang, tak da stok. Boleh tak abang tinggalkan kereta ni dua tiga hari kat sini? Kita kena buat kajian lebih sikit untuk memastikan kereta abang berada di tahap sesuai untuk dipandu di jalan raya". Menyampah betul aku yang jenis macam tu.
Lepas servis kereta terus aku hantar kat tempat cuci kereta yang terletak di sebelah bengkel. Dah berkurun Exora tu tak berbasuh. Yang rajin hantar kereta tu cuci abang ipar aku. Kalau aku ... ada agak slow sikit. Tapi sempena nak raya ni aku hantar jugak, bagi dia berseri dan berkilat sikit. "Boss, kasi cuci dengan vacuum", kata aku kepada pencuci kereta. Bersungguh-sungguh dia cuci seolah-olah nak jadikan kereta tu berwarna putih. Sementara tunggu tu sempatlah aku borak-borak kosong dengan Amier. Tak lama lepas tu kereta pun siap dicuci. Okay, berkilat. Cuma ada jugak beberapa spot yang dah melekat terus dengan cat kereta sampai tak boleh nak hilang walaupun dikikis. Tulah, lain kali jangan tunggu lama sangat baru nak basuh kereta.
Aku dan Amier menunggu dengan berdebar-debar. Bagaimanakah rupa kereta Exora tu nanti. |
Macha pembasuh kereta tu ingat aku nak ambil gambar dia. Dia siap berposing yang paling hensem. |
Exora mak aku dah kena sabun salji. |
No comments:
Post a Comment