m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 19, 2011

Lauk puyu untuk yang sudi

Pagi tadi ayah aku tegur. "Engkau punya ikan dah mati". "Innalillah", bisik hatiku. Aku bergegas keluar rumah menengok ikan dalam akuariumku. Memang benar ketiga-tiga ikanku sudah tak bergerak lagi. Aku periksa nadi mereka. Tidak berdenyut. Ingin aku cuba bagi CPR sikit, tapi bulan puasa. Takut nanti tertelan pulak ikan tu dan batal puasaku. Aku kaut ikan-ikan itu pakai jaring. Badan dah reput dan bersepai. Tapi masih belum busuk hanyir. Nasib baik ayahku segera memberi tahu tadi. Lalu aku kebumikan ikan-ikan itu ke dalam perut kucing. Tapi kucing mana yang sanggup membiarkan perutnya menyimpan tubuh kerdil si puyu aku tidak tahu.

Sebenarnya dah berminggu-mingu aku bercadang nak lepaskan ikan-ikan tu kat Tasik Ampang Hilir. Aku dah tak larat nak bela mereka. Makanan tak terberi, akuarium tak bercuci. Tapi bila sampai hujung minggu ada saja agenda-agenda lain yang menyusul. Niatku terbantut, berminggu-minggu lamanya. Kesian ikan-ikan tu. Tapi mereka mati bulan Ramadan. Mereka takkan dihisab. Sebenarnya mereka okay. Kita yang masih hidup ni aje yang perlu lebih muhasabah diri.

Aku membuat beberapa andaian scientific mengapa mereka mati:

1.   Mereka tak cukup makan, lalu mati kebuluran.
2.   Mereka selalu diberi makan cacing. Cacing terlalu banyak dalam perut mereka.
3.   Akuarium dah berkurun tak dicuci. Air jadi bertoksik dan kurang oksigen.
4.   Kucing yang aku bela (Snowcat) selalu psiko mereka sampai mati.
5.   Mereka mati tua.
6.   Mereka stress kerana terlalu lama duduk dalam akuarium yang kecil.
7.   Mereka pura-pura mati dengan harapan aku mencampakkan mereka ke dalam sungai.

Walau apa pun sebabnya, aku terpaksa mengakui sesuatu. Sejak aku mula membela kucing yang datang bertandang ke rumahku, aku jadi kurang prihatin terhadap binatang-binatang peliharaanku yang lain iaitu si puyu dan si kura-kura. Pasal bela kucing yang dah tua lebih senang. Tak payah kisah tukar air atau bersihkan tempat tinggal. Pasal buang air pun tak jadi hal. Dia pandai cari tempat sendiri tanpa mengotorkan kawasan rumah aku atau kawasan rumah jiran aku. Kura-kura yang kami bela pun aku rasa nak aku lepaskan hujung minggu nanti. Harap-harapnya tak adalah apa-apa hambatan yang menjelma.

Dua dari tiga ekor puyu yang terkorban.

Lihatlah airnya yang dah berkeladak. Keladaknya lebih banyak dari air.

2 comments:

  1. Bro,
    Asam keping pun nak dilepaskan? Oh tidak??????????? :'(

    ReplyDelete
  2. Begitulah adat membela kura-kura...

    ReplyDelete