Perlawanan bowling SMTM petang Sabtu lalu bermula apabila penganjur melepaskan satu das tembakan ke langit dan terkena seorang pekerja yang sedang membaiki lampu kat siling. Nasib baik pekerja tu berjaya diselamatkan setelah dibedah siasat di hospital berdekatan.
|
"Pengumuman. Pemilik kereta nombor WXY 1001 diminta mengalihkan kereta dari lane bowling nombor 25. Perlawanan bowling akan dimulakan sebentar saja lagi". |
|
"Lagu ini saya tujukan khas kepada anak kucing jiran sebelah rumah yang selalu membuang najis di pasu bunga rumah saya". |
Masing-masing memilih bola kegemaran masing-masing mengikut corak dan warna yang mereka berkenan. Aku berkenan dengan warna ungu maka bola ungulah yang aku capai. Tak kurang juga pemain yang lebih pro telah membawa bola sendiri dari rumah seperti bola takraw, bola sepak dan bola golf. Tetapi pihak penganjur terpaksa menghalang penggunaan bola-bola itu, terutamanya bola takraw kerana ia boleh menyebabkan buah bowling pecah bersepai apabila dilipat menggunakan bola takraw.
|
"Kerepek ubi untuk raya! Kerepek ubi untuk raya!" |
Para pemain membuat balingan pelbagai cara dan skill. Ada yang leret biasa. Ada yang membuang bola dengan membuat heading dengan kepala. Dan ada juga yang membaling bola penuh spin. Aku nengok Nizam membaling bola dengan spin yang sangat ligat. Malah ada sekali tu balingannya sangat ligat sehinggakan membentuk satu puting beliung bersaiz sederhana di dalam dewan bowling sehinggakan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri dan permainan terpaksa dihentikan untuk beberapa jam sehingga puting beliung itu reda.
|
Anak-anak aku berdebar-debar menyaksikan pertarungan yang sangat sengit. |
Ada jugak buah bowling yang pecah kerana terkena hentakan bola yang sangat kuat. Sementara stok belum sampai, pengurus pusat bowling terpaksa menggunakan botol mineral menggantikan buah bowling yang telah pecah tadi. Perlawanan ini memang sangat dahsyat.
|
Penuh konsentrasi. |
|
"Alamak! Apasal dia buat U-turn pulak ni? Ada polis kat depan ke?" |
Sementara ayah dan ibu sibuk bertarung main bowling bagai Goku dan Naruto, anak-anak mencari ruang sendiri melukis, menulis dan membuat origami. Khusyuk aku nengok anak-anak melakukan kerja-kerja yang kreatif tu. Hasilnya memang sangat hebat dan bakal dilelong di PWTC bagi mendapatkan dana untuk didermakan kepada anak-anak yang suka main bowling tapi tak berkemampuan.
|
Anak-anak aku melayan diri membuat kerja tangan. |
|
Wife aku mengajar cara-cara nak buat origami bentuk "King-kong panjat KLCC sambil main bowling". |
|
Melukis sambil membuat kerja sekolah. |
|
Amier melabel hasil kraftangannya. |
Selepas perlawanan yang sengit itu selesai, ada pulak adegan potong kek. Sebenarnya nak buat adegan potong kepala. Tapi tak ada sesiapa yang nak volunteer kepalanya dipotong. Dan kebetulan ada sebiji kek kat tepi kaunter, makan kek itulah yang dipotong. Ada sambutan hari jadi bagi beberapa ahli Alumni SMTM. Yang disambut kalau tak silap aku adalah Zie Dingkil. Emma dan Ayu. Sedap jugak rasa kek tu. Aku sempat makan dua potong.
|
Kek birthday yang sedap. |
|
Zie dan Emma meniup lilin sampai lencun kek tu dengan air liur. Dekat sebaldi banyaknya. |
|
Jari Zie luka main bowling. Kena tampal dengan plaster hijau. |
|
Jari Zie luka lagi kena pisau potong kek. Kena tampal dengan plaster hijau lagi sekali. |
Dan keputusan perlawanan bowling... Tunggu selepas ini.
No comments:
Post a Comment