m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, August 11, 2011

Kalumpang Family Day: Sempena Nisfu Syaaban

Percutian di Kalumpang sebulan yang lalu sebenarnya ialah untuk membuat majlis tahlil dan baca Yaasiiiin serta solat hajat bagi mendoakan kejayaan anak-anak buah yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun ini serta majlis bagi menyambut Nisfu Syaaban dan kedatangan Ramadan. Entah macamana terus menjadi seperti suatu hari keluarga yang dah lama tak kami anjurkan.

Menjelang maghrib, semua bersiap mengambil wudhu menggunakan paip special yang takda kepala paip. Lepas solat maghrib ada baca Yaasiiiin, ada tazkirah oleh ustaz Jais. Lepas solat isyak ada pulak tahlil ringkas dan solat hajat. Semua peserta berada pada tahap khusyuk dan insaf bila melalui saat-saat ibadah seperti ini. Amier siap tertidur terus di pangkuanku. Malam itu memang penuh syahdu.

Paip special yang takda kepala paip.

Faiisal: "Oh, aku telah insaf. Aku kena berdiet selepas ini untuk kuruskan badanku ini".

Para peserta terasa sangat syahdu sambil muhasabah diri.

Amier lentok kerana penat berenang di siang hari.

Majlis tahlil sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment