Ketika di rumah Mak Anjang, aku ternampak tumbuhan-tumbuhan ekzotik yang sukar ditemui di dunia ini. Malah di planet-planet lain juga belum tentu dapat ditemui. Tumbuhan yang aku maksudkan ialah pokok nanas yang terkecil di dunia. Buah nanas tu sebenarnya telah matang, tetapi ia tidak membesar seperti pokok nanas biasa walaupun telah diletak baja berguni-guni. Malah untuk melihat buah nanas tu saja perlu menggunakan kanta pembesar serta mikroskop. Gambar nanas di bawah ini telah diambil menggunakan kamera tercanggih di planet Marikh, mengunakan lesa 1,000,000x pembesar serta kawalan cahaya yang dipantulkan dari sinar suria melalui filamen dan membrane ultra-ungu.
Nanas terkecil di dunia. |
Pokok buah tembikai terkecil di dunia adalah satu lagi pokok yang terdapat di rumah Mak Anjang. Walaupun kecil ia mempunyai rasa yang manis. Rasanya tersangat manis sehinggakan seseorang yang sihat walafiat kalau makan buah tembikai ni pasti akan kena kencing manis.
Buah tembikai terkecil di dunia. |
Satu lagi tumbuhan ekzotik di rumah Mak Anjang ialah pokok orkid Satu Malaysia. Bunganya dihasilkan setelah gabungan debunga dari tak kurang dari 50 spesis orkid tempatan dan antarabangsa digabungkan menggunakan teknik percantuman tabung uji rashid. Maaf, maksud aku tabung uji biasa. Hasilnya hanya dapat dilihat setelah beberapa tahun ia diproses secara semulajadi. Pencapaian ini masih belum diisytiharkan kepada mana-mana agensi kerajaan atau bukan kerajaan kerana dikhuatiri mendapat bantahan dari para saintis dunia dan tempatan yang super ego. Datanglah ke rumah Mak Anjang untuk melihat ketiga-tiga pokok ekzotik ini. Sekali masuk dan tengok dikenakan bayaran RM80 sahaja. Cukup murah!
Orkid Satu Malaysia. |
No comments:
Post a Comment