Hari Sabtu lalu kami dah sepakat untuk buka puasa di rumah kakak iparku di Gombak. Ayah dan bonda mentuaku juga ada menetap di sana. Jadi acara buka puasa Sabtu lalu kiranya macam acara makan besar jugaklah apabila seluruh keluarga berkumpul dan makan bersama-sama. Semua yang tak ada aral telah menghadirkan diri dengan membawa serba sedikit makanan kerana konsepnya adalah pot-luck.
Aku dan isteri sekadar membawa murtabak nipis, roti john (sorry John, aku terpaksa amek roti kau), dan air soya suam yang kami beli dari pasar Ramadan di Bukit Indah. Selain tu ada juga kami bawak bubur manis campur dan nasi himpit berkuah kacang. Kami sampai Gombak betul-betul time azan maghrib.
Bila dengar azan maghrib aje aku terus parking kereta kat mana yang sempat. Kebetulan ada space kosong kat dalam longkang besar. Tapi aku taklah parking kat dalam tu, pasal aku fikir mungkin orang lain lebh memerlukan parking space tu. Aku cuma parking kat tepi dia aje. Lalu aku pun bergegas ke dalam rumah, memberi salam dan terus menerkam kurma Yusof Tayyoob sambil berteriak, "Yusssoooffff Tayyyyyooooouuuubbb" dalam gaya slow motion. Alamak! Lupa baca doa pulak. Dan lepas sedawa baru aku baca doa.
Kami kena beratur untuk mendapatkan makanan, pasal terlalu ramai yang hadir memeriahkan suasana. Tatkala aku sedang khusyuk beratur, tiba-tiba aku terdengar suara lembu menguak dari dalam periuk. Rupanya ada seekor lembu yang terkurung di dalam periuk dan dalam proses dijadikan sup. Aku lalu membuka tudung periuk dan mencedok kuah sup serta lembunya sekali. Lalu kutambah pulak dengan nasi putih dua senduk besar. Dan makanan utamaku malam itu adalah nasi putih bersup lembu banjir. Memang sangat meng-enjoy-kan. Aku siap menguak-nguak lagi penuh kepuasan.
Di atas meja masih ada bermacam-macam lagi juadah untuk dijamah. Ada nasi beriyani, ayam goreng, kari daging, laksam, tembikai, karipap, dan segala jenis masakan Melayu, Cina, India, Western, Afrika, dan Eskimo juga ada. Tak ketinggalan masakan makhluk asing dari planet Pluto dan Uranus. Aku tak larat nak jamah semua kerana perutku ini taklah sebesar perut gajah Afrika atau badak air Conga.
Selepas solat maghrib berjemaah, aku bedal lagi apa-apa yang patut bagi menyendatkan ruang-ruang angin yang tertinggal dalam perutku. Sambil bersembang sesama keluarga, aku teruskan menyua makanan ke dalam tembolokku. Jam 10 lebih kami meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang sangat keletihan. Bonda mentuaku pulak tiba-tiba demam dan dibawa ke klinik oleh abang dan kakak iparku. Semoga bonda cepat sembuh dan walafiat. Amin.
Ipar dan birasku sedang menikmati juadah menu ke-157 iaitu pengat pisang bersantan kepala pandan. |
Makanan yang banyak telah dihabiskan oleh kami semua yang kebuluran. |
Bonda mentuaku menjamah sedkit makanan sebelum ke klinik berdekatan. |
No comments:
Post a Comment