Kami berkumpul di rumah kakak iparku di Gombak, Kak Esah @ Mak Anjang. Di situlah semua ipar-iparku berhimpun. Ayah dan mak mentuaku juga ada di sana. Jadi kami luangkan masa yang agak lama di situ untuk sembang-sembang, borak-borak dan beramah mesra. Siapa yang banyak modal untuk bercerita akan terus-terusan bersembang sesama sendiri. Bagi yang jenis modal borak cepat kering macam aku akan terus-terusan makan dan makan walaupun perut dah menjerit kekenyangan.
Ayah mentuaku mengetuai deligasi memasak nasi beriyani gam. Tapi aku tak sempat tolong pasal aku pergi beraya kat tempat lain dulu waktu paginya. Tapi nasib baik jugak aku dapat tolong makan. Nasi beriyani yang memang hebat! Selain nasi beriyani ada jugak makanan-makanan lain yang dibawak oleh sanak saudara yang datang. Ada ketupat, rendang, lontong, kek, kuih, biskut dan air pelbagai rasa. Itu aku tak cerita lagi pasal burger, KFC, pizza, chicken chop, lamb chop, kambing golek, kerbau golek, rusa golek, badak air golek dan gajah golek. Memang tak terlayan nak menghabiskan makanan yang sangat banyak ini.
|
Isteriku dengan Amier dan anak buah. |
|
Amin dan Akid sangat gembira dapat bertemu. |
|
Atuk Atan bersantai selepas penat memasak. |
|
3A dan 1I - Amin, Akid, Ali dan Ika. |
|
Ayah aku dan Ardy. |
|
Syafiyah urut Atuk Pon yang tak berapa sihat. |
|
Acap Ashraf makan sampai tak larat nak makan lagi. |
|
Syahmie merenung balang kuih memikirkan cara-cara nak menghabiskan makanan di dalamnya. |
|
Faiisal dan Ashraf - dua sepupu yang sehati sejiwa. |
|
Faiisal dan Ashraf, lain mak, lain bapak, sama Atuk. |
Anak bongsu aku, Amier sangat gembira bermain-main dengan sepupu-sepupunya. Main lari-lari, kejar-kejar, main I-Pad dan bergelak sakan sampai tergolek-golek. Tuan rumah Mak Anjang dan keluarga yang berjaga malam sebelum raya nampak sangat keletihan. Waktu semua tetamu dah cukup makan minum, Mak Anjang dan keluarga mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Semua anak beranak hadir melainkan keluarga Pak Ngah dan Mak Uda yang pulang ke kampung pasangan yang jauh. Perhimpunan keluarga yang sangat menyeronokkan.
|
Amier dan Salleh main I-Pad. |
|
Gadis biru - Fakehah dan Nabiha. |
|
Amier sentiasa bergerak, berlari, bercerita tak henti-henti. Tenaganya yang banyak dan tak mudah penat. |
|
Norin baru lepas makan malam. |
No comments:
Post a Comment