Hari Khamis lalu ketika rakyat Malaysia sedang kecoh nak menyokong pasukan Harimau Malaya menentang Singapura, aku terpaksa pulak berangkat ke Pahang. Hari Jumaatnya ada perbincangan dengan majlis Daerah Pekan jam 9.30 pagi. Aku tak ada pilihan melainkan kena pergi jugak walaupun mata agak mengantuk malam tu. Aku habiskan jugak nengok game bola kelayakan piala dunia. Dan kesudahannya Malaysia tersingkir dari pertembungan yang selanjutnya. Aku rasa malam tu Malaysia main okay. Cuma apa yang dah berlaku kat Singapura dulu tak dapat diperbetulkan pasal dah berlalu.
Aku bertolak dari rumah jam 11 lebih malam. Aku bawak sekali wife aku dan dua orang anak aku buat teman semasa berada di Pahang nanti. Wife aku sedar aku agak letih dan mengantuk. Lalu diajaknya bersembang sampai kami tiba di Pahang. Dalam keadaan yang sangat gelap tak berapa nampak landmark yang ada. Kami tersesat sedikit sebelum sampai ke tempat penginapan jam 3 lebih pagi.
Lokasi ke Sempurna Resort Kuantan. |
Kami menetap di Sempurna Resort Kuantan. Satu malam berharga RM98. Ada 2 biji katil single. Cukuplah untuk kami berempat beranak. Sesampai di bilik aku terus melelapkan mata pasal esok kena cergas nak buat presentation kat Majlis Daerah Pekan. Resort ni pada dasarnya tak berhampiran dengan laut, atau sungai, atau pemandangan yang indah. Jadi dia menyediakan swimming pool yang besar dan dilengkapi dengan permainan air, serta ada juga indoor game kat bahagian lobi. Tapi yang itu kena bayar sikitlah.
Wanie dan Amier bermain computer game. |
Nasib baik jugak bawak lap top. Kalau tak anak-anak mesti kebosanan. |
Amier sedang khusyuk menengok animation ABC. |
Indoor game bola sepak. |
Amier cuba menjaringkan gol. Tapi bolanya tak ada pasal tak bayar. |
Wanie beraksi di gelanggang bola mini. |
Sementara aku pergi meeting, anak-anak bermain game kat komputer lap top dan pergi berenang sambil diawasi oleh wife aku. Resort ada menyediakan sarapan untuk 2 orang. Aku tak ambil breakfast pagi tu. Jadi aku biarkan isteri dan anak-anak aku yang menggunakan kupon sarapan pagi. Sebab aku tau kat Majlis nanti mesti ada makan-makan punya. Dan tekaan ku memang tepat. Presentation ke pihak majlis berjalan lancar dan aku pulang ke resort sebelum jam 12 tengah hari.
Wanie dan isteriku. |
Amier gembira dapat makan roti bakar. |
Amier sedih sebab roti bakarnya hangus. |
Wanie menyapu peanut butter ke atas roti dengan berhati-hati supaya rasanya tidak tercemar. |
Bila hampir waktu zuhur, aku terus bergegas ke masjid yang paling hampir iaitu Masjid KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Rasa sangat tenang bila menjejakkan kaki kat masjid. Mungkin terlalu tenang sampai terlena masa khatib membaca khutbah.
Selepas solat Jumaat kami check out dan bertolak pulang. Singgah sebentar di gerai-gerai membeli keropok lekor, bekal makan dalam kereta. Berhenti pulak lagi di R&R Temerloh pekena ikan patin buah masai gulai tempoyak. Memang kaw dan pedas. Kami sampai Kuala Lumpur kira-kira jam 6 lebih petang. Dan di rumah ada kerja bertimbun-timbun menanti kami. Aduh! Penatnya!
Masjid KIPSAS. |
Masa untuk check-out. |
Amier tekan loceng panggil orang kaunter. |
Balik time. |
Urusan kat Pahang dah selesai. Boleh balik. |
Wanie pada asalnya tak lapar. Tapi makan jugak nasi berlauk ikan patin dan bihun sup. |
Wife aku order air matching dengan baju. |
Baru je aku habiskan ikan patin. Macam tak kecukupan. |
No comments:
Post a Comment