m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, August 10, 2011

Kalumpang Family Day: Banyaknya guli dalam air

Sukaneka air di Kalumpang diteruskan lagi dengan acara mencari guli dalam air. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan yang seimbang. Kemahiran berenang, menyelam, meraba, mengutip dan mengumpul adalah setara antara kedua-dua kumpulan. Kumpulan pertama diterajui oleh Mak Uda dan kumpulan kedua diterajui pula oleh Mak Teh.

Dan wisel pun dibunyikan. Berjuta-juta guli lut sinar perlu dicari dan dikumpulkan dalam had masa yang telah ditentukan. Guli demi duli dikutip menggunakan tangan mahupun kaki atau mulut. Peserta terpaksa menahan dingin air menggigil sambil mencapai guli di dasar kolam. Ada yang meraba-raba secara rawak. Ada yang menggunakan bantuan alat GPS sonar. Ada pula yang berpakaian scuba meneliti tiap butiran guli seperti meneliti mutiara di dalam tiram.

Cukup lima jam mencari, wisel penamat ditiupkan. Kini tiba masa untuk mengira jumlah guli yang berjaya dipungut oleh kedua-dua pasukan. Pengadil pun memulakan kiraan' "Satu untuk engkau, satu untuk aku. Dua untuk engkau, dua untuk aku. Tiga untuk engkau, tiga untuk aku". Sampailah ke angka tiga juta lebih. Tiba-tiba pengadil terlupa kiraan kerana terlalu penat dan fokusnya terganggu. Peserta minta diulang kira. Dan proses pengiraan pun diulang semula. Telah tujuh kali pengiraan semula dilakukan kerana ada perasaan tidak puas hati dari kedua-dua pihak. Akhirnya sampai juga ke penghujungnya apabila senja mula menjelang. Pasukan Mak Uda mendapat tujuh juta lima ratus ribu dua puluh satu biji guli. Pasukan Mak Teh juga mendapat jumlah guli yang sama. Pengadil menjadi buntu. Tiba-tiba salah seorang peserta pasukan Mak Uda menjerit, "Guli Mak Teh pecah sebijik! Kira setengah, bukan sebutir!" Pengadil mengiyakan kenyataan itu. Lalu pasukan Mak Uda diisytiharkan sebagai pemenang dengan memperolehi setengah guli melebihi pasukan Mak Teh. Memang sangat genting dan sengit.

Peserta mendengar taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
Peserta faham dan konfiden boleh menang mudah mengatasi pihak lawan.
Pencarian guli dimulakan.
Siapa yang dapat guli bergegas memasukkannya ke dalam bekas.




Gelembung udara tiba-tiba keluar dari dalam air. Dan bila gelembung tu pecah, sangat busuk baunya.
Pengiraan dimulakan oleh pengadil.
Abby memastikan pengadil bertindak adil ketika mengira.
Juara kutip guli dalam air-pasukan Mak Uda. Hadiah diberikan oleh Atuk Atan.


No comments:

Post a Comment