Bersambung kisah di Kalumpang yang telah hampir sebulan berlalu. Mungkin cerita ni dah basi. Tapi adakalanya lebih basi lebih enak, seperti tapai pulut yang dipadankan dengan aiskerim strawberi serta sirap cokelat. Apatah lagi dijamah pada bulan puasa ketika berbuka. Lagilah nikmatnya.
Sukaneka air pada Hari Keluarga Atok Atan bermula dengan perlawanan pukul bantal atas titi balak. Sewaktu mula-mula bantal dikeluarkan, masing-masing merasa sangat mengantuk. Tapi bantal ini bukan untuk dibawak tidur. Ia untuk dibawak berentap. Siapa gagah akan kekal di atas. Siapa lemah akan terhumban ke lautan yang di dasarnya berenang-renang jerung putih raksasa.
Mula-mula Mak Long versus Mak Uda sebagai pembuka tirai. Mak Long membuat stretching. Mak Uda membuat warm-up. Wisel berbunyi. Dan mereka berentap. Buk bak buk bak buk bak! Lama sungguh mereka berentap. Ada dekat kira-kira setengah hari masih tak ada yang tumbang. Akhirnya pengadil terpaksa menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.
|
Mak Long: "Apa kata kita main sep sep tom tom bak". |
|
Enjin dipanaskan. Pertarungan bakal bermula. |
|
Persaingan Mak Long dan Mak Uda yang berakhir dengan keputusan seri. |
Perlawanan sebenarnya bermula bila Abby, Kois, Taufik, Amin, Akid, Faiisal, dan Faridz berentap sesama sendiri. Nampak gayanya Abby dan Akid lebih menyerlah dari yang lain. Akid dengan jurus silat cekak Hanafinya yang dipadankan dengan sumo kategori heavy weight-nya. Sementara Abby tetap setia dengan kaedah jumping smash-nya ketika membuat pukulan ke atas pihak lawan. Final, Akid jumpa Abby. Masing-masing berwajah bengis dan tersenyum sinis. Bila berbunyi saja wisel, dua gergasi itu pun mara membelasah lawan masing-masing sekuat hati dengan bantal kuyup. Penonton menjadi cemas dan ada yang menyorokkan muka di balik tapak tangan kerana tak dapat menanggung tahap suspense yang terzahir dari perlawanan itu. Tiba-tiba Abby mengeluarkan muslihat lamanya. Abby berteriak, "Akid, nengok tu! Gorilla panjat pokok kelapa!" Akid yang terpedaya pun menoleh, "Mana?" Dan ketika itulah Abby membuat satu libasan maha kencang yang mengenai tepat ke punggung Akid yang menyebabkan Akid tersungkur dan terus menerjah air lantas dibaham jerung putih yang kelaparan (sepatutnya macam tu, tapi jerung putih tu Mister Hasni lupa nak letak dalam air daaa...). Abby lantas mengangkat tangan dan melaung bak Tarzan, "Aaaaaaaaa....." Semua penonton bertepuk tangan dan unggas di rimba turut riuh rendah meraikan kemenangan itu.
|
Abby nak try pakai jurus kick boxing. |
|
Faiisal terhumban ke laut. |
|
Kois juga terhumban ke laut. |
|
Abby nak bergasak. Faridz nak tidur. |
|
Bantal Taufik berisi batu. Bantal Faiisal berisi besi. Mana lebih keras. |
|
Amin dan Taufik sedang memikirkan strategi untuk menumbangkan lawan. |
|
Final. Abby lawan Akid. |
|
Faiisal lawan Faridz sampai berterabur kekabu. |
|
Faridz cuba menggeletek kaki Faiisal sampai geli dan tersungkur. |
|
Abby juara, berteriak kemenangan. |
Kini acara wanita. Yang bertanding adalah Yaya, Syura, Ika, dan Nana. Semua menjangka persaingan yang sengit akan dapat disaksikan apabila Yaya menentang Ika. Yaya, jaguh taekwando tali pinggang kulit buaya - suatu taraf yang boleh dikatakan kategori mahaguru ataupun sifu. Ika, jaguh silat tali pinggang kulit ular anaconda - tahap teragung dan paling licik dan terhebat dalam kelasnya sendiri. Semua penonton merenung tajam kepada kedua-dua peserta ini tanpa mata dibiarkan berkelip walau sesaat pun. Dan wisel dibunyikan. Preeeeeeettt!!! Tak sampai setengah saat, kedua-duanya tergolek masuk air tanpa dapat disaksikan pertarungan yang dijangkakan hebat itu. Tak siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kedua-duanya seolah-olah enggan bertarung sesama sendiri. Ya, mereka adik beradik yang sangat akrab dan mesra. Mungkin itulah sebabnya. Pelawanan selanjutnya antara Syura dan Nana. Ya, di sini lebih aksinya. Lebih adegan tampar-menampar dan tolak-menolak. Dan akhirnya Nana terpaksa akur dengan kehebatan Syura ketika melibaskan rambut panjangnya bagi menjatuhkan lawan.
|
Nana lawan Syura, antara yang tersengit ketika itu. |
|
Syura lawan Nana. Segala kederat dicurahkan. |
|
Yaya lawan Ika, perlawanan yang penuh sopan santun. Siap berbalas pantun lagi tu. |
Selepas solat isyak, hadiah diberikan kepada pemenang - Abby dan Syura. Mak Long dan Mak Uda turut mendapat hadiah khas juri sebagai peserta yang paling lama bertarung di atas titi. Syabas kepada semuanya!
|
Abby - juara lelaki. |
|
Syura - juara wanita. |
|
Mak Long - hadiah khas juri. |
|
Mak Long dan Mak Uda - peserta paling lama bertapak atas titi kayu yang sempit. |
No comments:
Post a Comment