Pokok Berkembar adalah nama hotel yang telah aku terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Nama asalnya ialah Double Tree Hotel. Di sinilah aku anak beranak makan buka semalam. Ada orang belanja, kami okay ajelah. Nama restoran tempat kami makan tu ialah Makan Kitchen. Aku pun mula-mula agak konfius, nak kena makan dapur tempat dia masak ke? Atau nanti masa makan kena duduk kat dapur? Rupanya sekadar nama aje. Tapi kalau ramai sangat orang datang memang sah kena duduk dekat dapur.
Aku bertolak dari ofis kat Bandar Seri Putra jam 5.30 petang. Mengharung jam yang teruk. Balik rumah ambil anak-anak aku yang bertiga tu. Dan terus bertolak ke destinasi. Nasib baik tak jauh dari rumah aku. Pakai highway Akleh kejap aje dah sampai. Wife aku yang ofisnya berdekatan jalan kaki aje ke hotel. Kami jumpa kat lobi dan terus ke restoran Makan Kitchen.
Wah! Ramai kenalan kami kat situ. Kami pun duduk satu meja dengan Pak Tib & Kak Pah. Azan berkumandang. Aku cari kurma. Tak jumpa. Aku cari kuih. Tak jugak jumpa. Aku cari air. Pun tak ada. Last-last aku buka dengan sup kambing & kambing golek. Hantam sajalah. Orang lain sedawa, aku mengembek. Selepas membaham kambing sekor, aku cari pulak nasi. Aku bedal pulak udang rebus, oyster Mr Bean, dan entah macam-macam makanan aku sumbatkan kat dalam perut aku. Lepas tu aku dan Syahmie break kejap solat maghrib. Surau sebelah tempat makan aje. Dekat.
Habis solat, kami mencari lagi makanan yang boleh dimakan. Aku buru dessert pulak. Aiskerim, bubur manis dan buah-buahan aku capai. Tapi buah seperti epal, buah lai, jambu agak muda, kelat dan keras. Jadi aku tak mampu habiskan. Minuman kegemaran aku teh tarik juga tak aku lupakan. Setelah aku merantau seluruh kawasan juadah, dan makan segenap hidangan yang tersaji, kini giliran untuk aku bersandar pulak. Ada ala-ala nak muntah dan terhoyong hayang pulak. Ini yang tak betul ni. Tapi apa nak buat, dah terjadi. Jadi aku duduk diam-diam sambil isteri aku berborak dengan Kak Pah dan Pak Tib. Kami keluar restoran dekat jam 10 malam. Dan kamilah orang terakhir yang keluar dari situ. Tukang belanja pun dah beredar sebelum sempat kami ucapkan terima kasih. Okaylah, terima kasih pada orang yang belanja tu. Tahun depan belanja lagi.
Di depan restoran. |
Di lobi hotel Double Tree. |
Syahmie menunggu mamanya datang dari ofis. |
Makan Kitchen tingkat 11. |
Amier makan dengan lahap dan tak mau share dengan orang. |
Wanie mula-mula konfius tak tau nak makan apa pasal banyak sangat makanan. |
Syahmie merasa hampir semua jenis makanan yang boleh dirasa. |
Isteriku dan Kak Pah. |
Amier melepek lepas kenyang dan berlari ke hulu hilir. |
No comments:
Post a Comment