Selepas hantar Syahmie ke sekolah, aku bergegas ke Tasik Titiwangsa. Sesampai di sana, seperti yang aku jangkakan memang kawan-kawanku sorang pun belum ada yang sampai. Aku duduk sebelah abang Md Nor, penjaga fasiliti sukan di situ. Sembang-sembang kosong dengan abang Md Nor cuma seketika saja pasal kami sama-sama jenis manusia pendiam. Cepat habis modal berborak. Aku layan telefon bimbitku. Abang Md Nor layan perasaannya sambil bermenung jauh.
Setelah agak lama kami buat hal masing-masing akhirnya aku putuskan untuk bentang meja ping pong dan practise servis. Masa tu dah pukul 8.30 lebih. Abang Md Nor juga beredar dari situ dan masuk ke dalam pejabat. Sedang aku melayan bola ping pong sorang-sorang, tiba-tiba Ali datang. Ummi Ali yang hantar Ali ke situ. Aku sangat gembira pasal dah ada kawan main ping pong. Aku stroke pelan-pelan dengan Ali sambil bagi tips yang berunsur profesional seperti masa pukul bola kena buat muka berlagak untuk menjadikan pihak lawan kecut perut.
Sedang aku dan Ali bermain ping pong, datang pulak Hidayat dan Akid naik motor. Punyalah aku gembira pasal sekarang dah cukup korum nak main double. Aku dah tau permainan Hidayat dan kebolehannya. Tapi Akid, memang belum pernah aku nengok dia beraksi. Aku suruh Akid lawan Hidayat. Sama-sama handal. Hidayat main top spin. Akid main under spin atau potong. Dalam tiga set akhirnya Hidayat menang tipis.
Kami enjoy main bergu sambil gelak-gelak dan terhibur. Aku nampak bakat ping pong dalam diri Akid dan Hidayat. Bagi Ali pula, masih banyak yang perlu diperbetulkan, baik dari segi cara pegang bat mahu pun cara pukul bola. Tapi masa main double Ali main boleh tahan jugak. Sesekali terkeluar jugak jurus-jurus unik yang sukar dimengerti pihak lawan. Minggu depan ada satu lagi sessi ping pong. Aku harap anak-anak buahku boleh join aku lagi.
Hidayat, Ali dan Akid - tiga sepupu sehati sejiwa. |
Jaguh ping pong in the making! |
No comments:
Post a Comment