m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, August 31, 2011

Rumah Makcik Zaini

Dari rumah Kak Esah, kami singgah sahur sebentar kat rumah kawan mak aku, Makcik Zaini. Rumahnya tak jauh dari rumah Kak Esah, dan kebetulan anaknya berkawan dengan Kois, anak Kak Esah. Bila dua kawan lama berjumpa maka banyaklah benda yang nak diceritakannya. So aku anak beranak duduk kat buaian dekat luar rumah buat hal sendiri sampai terdengar bunyi loceng untuk balik. Jom balik!!!




Wanie memaksa dirinya untuk senyum.

Tumbuhan ekzotik Mak Anjang

Ketika di rumah Mak Anjang, aku ternampak tumbuhan-tumbuhan ekzotik yang sukar ditemui di dunia ini. Malah di planet-planet lain juga belum tentu dapat ditemui. Tumbuhan yang aku maksudkan ialah pokok nanas yang terkecil di dunia. Buah nanas tu sebenarnya telah matang, tetapi ia tidak membesar seperti pokok nanas biasa walaupun telah diletak baja berguni-guni. Malah untuk melihat buah nanas tu saja perlu menggunakan kanta pembesar serta mikroskop. Gambar nanas di bawah ini telah diambil menggunakan kamera tercanggih di planet Marikh, mengunakan lesa 1,000,000x pembesar serta kawalan cahaya yang dipantulkan dari sinar suria melalui filamen dan membrane ultra-ungu.

Nanas terkecil di dunia.

Pokok buah tembikai terkecil di dunia adalah satu lagi pokok yang terdapat di rumah Mak Anjang. Walaupun kecil ia mempunyai rasa yang manis. Rasanya tersangat manis sehinggakan seseorang yang sihat walafiat kalau makan buah tembikai ni pasti akan kena kencing manis. 

Buah tembikai terkecil di dunia.

Satu lagi tumbuhan ekzotik di rumah Mak Anjang ialah pokok orkid Satu Malaysia. Bunganya dihasilkan setelah gabungan debunga dari tak kurang dari 50 spesis orkid tempatan dan antarabangsa digabungkan menggunakan teknik percantuman tabung uji rashid. Maaf, maksud aku tabung uji biasa. Hasilnya hanya dapat dilihat setelah beberapa tahun ia diproses secara semulajadi. Pencapaian ini masih belum diisytiharkan kepada mana-mana agensi kerajaan atau bukan kerajaan kerana dikhuatiri mendapat bantahan dari para saintis dunia dan tempatan yang super ego. Datanglah ke rumah Mak Anjang untuk melihat ketiga-tiga pokok ekzotik ini. Sekali masuk dan tengok dikenakan bayaran RM80 sahaja. Cukup murah!


Orkid Satu Malaysia.



Beraya di rumah Kak Esah

Kami berkumpul di rumah kakak iparku di Gombak, Kak Esah @ Mak Anjang. Di situlah semua ipar-iparku berhimpun. Ayah dan mak mentuaku juga ada di sana. Jadi kami luangkan masa yang agak lama di situ untuk sembang-sembang, borak-borak dan beramah mesra. Siapa yang banyak modal untuk bercerita akan terus-terusan bersembang sesama sendiri. Bagi yang jenis modal borak cepat kering macam aku akan terus-terusan makan dan makan walaupun perut dah menjerit kekenyangan.

Ayah mentuaku mengetuai deligasi memasak nasi beriyani gam. Tapi aku tak sempat tolong pasal aku pergi beraya kat tempat lain dulu waktu paginya. Tapi nasib baik jugak aku dapat tolong makan. Nasi beriyani yang memang hebat! Selain nasi beriyani ada jugak makanan-makanan lain yang dibawak oleh sanak saudara yang datang. Ada ketupat, rendang, lontong, kek, kuih, biskut dan air pelbagai rasa. Itu aku tak cerita lagi pasal burger, KFC, pizza, chicken chop, lamb chop, kambing golek, kerbau golek, rusa golek, badak air golek dan gajah golek. Memang tak terlayan nak menghabiskan makanan yang sangat banyak ini.

Isteriku dengan Amier dan anak buah.

Amin dan Akid sangat gembira dapat bertemu.

Atuk Atan bersantai selepas penat memasak.

3A dan 1I - Amin, Akid, Ali dan Ika.

Ayah aku dan Ardy.

Syafiyah urut Atuk Pon yang tak berapa sihat.

Acap Ashraf makan sampai tak larat nak makan lagi.

Syahmie merenung balang kuih memikirkan cara-cara nak menghabiskan makanan di dalamnya.

Faiisal dan Ashraf - dua sepupu yang sehati sejiwa.

Faiisal dan Ashraf, lain mak, lain bapak, sama Atuk.

Anak bongsu aku, Amier sangat gembira bermain-main dengan sepupu-sepupunya. Main lari-lari, kejar-kejar, main I-Pad dan bergelak sakan sampai tergolek-golek. Tuan rumah Mak Anjang dan keluarga yang berjaga malam sebelum raya nampak sangat keletihan. Waktu semua tetamu dah cukup makan minum, Mak Anjang dan keluarga mengambil kesempatan untuk berehat seketika. Semua anak beranak hadir melainkan keluarga Pak Ngah dan Mak Uda yang pulang ke kampung pasangan yang jauh. Perhimpunan keluarga yang sangat menyeronokkan.

Amier dan Salleh main I-Pad.

Gadis biru - Fakehah dan Nabiha.

Amier sentiasa bergerak, berlari, bercerita tak henti-henti. Tenaganya yang banyak dan tak mudah penat.

Norin baru lepas makan malam.

Tuesday, August 30, 2011

Beraya di rumah Wak Chong

Syawal 1: dari rumah kami terus menghala ke Kampung Baru Kuala Lumpur, rumah makcik aku yang kami panggil Wak Chong. Masa ni aku dah agak kenyang pasal dah banyak makan masa sarapan tadi. Jadi aku memang tak interested pasal makan-makan ni. Datang sekadar nak menziarahi yang tua dan bermaafan. Kakak-kakak sepupuku pun ada jugak kat sana. Jalan masuk ke rumah makcikku masa raya memang akan jadi sangat sempit. Jalan tu pada dasarnya dah memang sempit. Bila kereta parking kat tepi jalan maka makin sempitlah jalan. Itu yang kena parking sampai berlapis-lapis. Bila kereta sebelah dalam nak keluar, maka kenalah aku berundur sampai berkilo-kilo meter jauhnya. Sepanjang jalan keluar kena pakai gear reverse. Jauh tu! Ada dekat sejam lebih kami kat situ. Lepas tu kami mengatur langkah untuk pergi beraya ke rumah-rumah selanjutnya.

Wak Chong adalah kakak sulung ayahku.

Bersalaman sebelum pulang.

Wak Chong terharu sewaktu kami memohon diri.

Syawal hari pertama 2011

Aturcara 1 Syawal memang selalu macam ni: solat sunat Aidilfitri, sarapan pagi, bersiap-siap, bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bergambar keluarga, baru keluar beraya di Kampung Baru dan beraya dengan mentuaku di rumah ipar-iparku. 

Acara peluk cium dan bagi duit raya memang dilakukan time ni jugak. Sebab tu jarang-jarang kami menerima tetamu time ni. Tapi kekadang ada jugak tetamu awal pagi yang datang. Terpaksalah kami sambut dengan wajah tersenyum dan melayan baik tetamu yang datang. Tapi sekarang kami dah pasang teropong teleskop jarak jauh. Kalau nampak gaya macam ada orang nak datang pagi-pagi  1 Syawal, aku akan berteriak "Ada orang nak datang! Rapatkan pagar! Labuhkan langsir! Sunyikan suara!" Nanti kalau ada orang datang bagi salam, aku akan jawab, "Tuan rumah tak da!" (Itu imaginasi aku je lah!) Acara salam dan maaf ni kekadang boleh berlangsung sampai berjam-jam lamanya, pasal banyak kali take untuk rakaman siaran tertunda.

Ayah dan ibuku.

Ayah dan kakakku.

Aku dan ayah.

Ibu dan kakakku.

Ibu dan isteriku.

Ibu dan adikku.

Ibu dan anak saudaraku.

Aku dan ibu.

Adik dan isteriku.

Amier dan ibuku.

Amier dan adikku.

Aku dan anak saudaraku.

Wanie dan kakakku.

Ibu, adik dan ayahku.

Aku dan isteri tersayang.

Aku dan Syahmie.

Aku dan Wanie.

Amier dan mama.

Family photo.

Famili ku.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

1 Syawal dah pun berlalu. Tak sempat aku bagi ucapan selamat untuk pembaca-pembaca blog aku. Takpa lambat sikit. Masa aku tulis blog ni dah tengah malam dekat pukul 2 pagi. Memang tengah letih dan mengantuk giler. Tapi aku nak jugak berpantun untuk korang yang special ni. Kalau pantun aku bunyi pelik, kira faham-faham sendirilah:

Penat dan letih tidak terperi,
     Menziarahi taulan sepanjang hari,
Tersusun rapi sepuluh jemari,
     Memohon maaf menyuci diri.

Badan dah busuk sebab tak mandi,
     Rasa belengas melekit dan rimas,
Peluh mencurah berbaldi-baldi,
     Alamak, ruang tamu masih belum berkemas!

Aku dah mengantuk mata dah kuyu,
     Rancangan kat tv boring dan bosan,
Jangan biarkan semangat jadi layu,
     Biar silaturrahim kekal berterusan.

Otak dah letih ilham dah kurang,
     Kejap lagi aku nak tidur,
Selamat aidilfitri untuk korang,
   Aku mintak izin untuk berundur...

Gambar raya tahun ni.

Monday, August 29, 2011

Masakan menjelang Syawal yang mengancam kalbu

Juadah pagi raya yang memang selalu kami buat adalah ketupat pulut, rendang ayam, lontong dan lodeh. Itu menu biasa. Ketupat pulut adik aku jadi ketua dia. Anyam ramai-ramai, masak sorang-sorang. Rendang ayam biasa kami gunakan ayam pencen. Ayam-ayam sebelum dipilih kena menghadiri interview dulu dan perlu menunjukkan kad pencen masing-masing. Yang betul-betul tua dan dah pencen baru boleh masuk dalam kuali. Lontong kami beli aje. Lodeh pula dimasak sendiri. Ketua lodeh ialah kakak aku.

Tahun ni ada menu baru, lepat pulut daun kelapa. Ini maid aku yang buat. Ada jugak daging rendang kerisik non-conventional yang kami buat. Bila siap masak je aku pun jamah satu per satu, dan memang memuaskan. Dari kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Lepat pulut daun kelapa.

Sarung ketupat.

Ketupat dan lepat pulut yang dah masak.

Lepat pulut yang dah masak.

Bahan-bahan lodeh.

Rendang kerisik daging.

Rendang ayam pencen. Umur 55 tahun ke atas.