Semalam aku ke Tasik Chini lagi dengan Nasoha. Kami berdua naik kereta milik Nasoha. Sampai Chini kira-kira jam 11.10 pagi. Lalu menghadiri meeting yang kemudiannya ditamatkan pada jam 1.15 tengah hari. Sempat aku jengah kejap kat kawasan tapak projek dan nampak pokok-pokok kayu yang telah ditebang dan dibuang kulitnya untuk dibuat kayu api. Eh eh! Tak kan nak buat kayu api kot. Untuk buat screen tingkap sebenarnya. Kat tapak tak ada aktiviti langsung. Entah ke mana perginya para pekerja. Cuti Awal Muharram tak habis lagi gamaknya.
|
Suasana hutan yang damai. |
|
Laluan penting yang sempit. |
Kat kawasan ni memang sangat tenang. Tapi kalau jalan sorang-sorang suspen jugak. Jalan yang sempit dan macam tak teratur ni sebenarnya jalan penting untuk pak-pak menteri keluar masuk ke Kem PLKN yang terletak lebih jauh ke dalam. Tasik terletak di sebelah lembah. Kami tak ke sana sebab tak ada keperluan. Tapi kat situlah ada banyak ikan air tawar yang sedap digoreng dengan cili. Isy isy isy, sampai terliur aku dibuatnya.
|
Pokok kayu dirawat di sini. |
|
Macam nak buat kayu api pun ada. |
Kami ke kedai makan yang terletak sangat jauh dari tapak projek. Kedai tu milik Pak Wan Ikan Sungai. Itulah gelaran yang diberi kepada pemilik kedai makan tersebut. Yang memandu kami ialah Sharizal dan Hambali. Kedai makan tu simple dan kecil aje. Tapi masakannya sangat sedap dan yang paling aku suka pasal ada banyak ulam-ulaman yang aku tak pernah kenal. Masa kami datang tu dah agak terlewat. Jadi banyak ulaman dah habis. Aku terpaksa kutip saki-baki daun-daun entah apa serta tangkai-tangkai untuk dijadikan ulam. Dan setiap kali aku makan ulam, setiap kali tu jugak aku akan mengembek kegembiraan. Dan aku menjadi lebih gembira bila makan tengah hari tu Hambali yang belanja. Terima kasih daun keladi. Setelah tangki perut kami berisi, tangki minyak kereta pulak perlu diisi untuk mengharung perjalanan pulang yang masih jauh.
|
Pak Wan sedang mengira apa yang dimakan oleh Hussin dan Saifuddin. |
No comments:
Post a Comment