Pada hari Khamis minggu lalu, aku ke Tasik Chini bersama bos aku dan Abou. Siap dengan perkakas memburu naga. Dengan jaring. Dengan harpoon. Dengan tali kapal. Dengan kapal selam. Kalau dapat tangkap naga Tasik Chini, kami nak bawak hidup-hidup ke Kuala Lumpur dan buat pameran. Macam cerita King Kong.
Tapi sesampai di Chini, kami ubah fikiran. Kami cuma pergi mesyuarat tapak aje yang berlangsung sangat santai dan aman. Lepas meeting kami masuk dalam hutan. Bukan nak cari akar-akar kayu. Bukan jugak nak membalak. Tapi nak tengok keadaan tapak projek yang sangat kontroversi. Tak ubah macam kontroversi artis. Kat hutan memang banyak betul pokok-pokok besar. Yang lagi tinggi dari Twin Tower KLCC pun ada. Itu kalau beruk mat yeh nak bergayut pun gayat. Tapi ada jugak pokok-pokok yang besar tu dah mula nak mati pasal kena makan anai-anai. Tapi itulah sistem ekologinya. Kat tapak memang berjuta anai-anai berleluasa. Kalau dia makan batang pokok, boleh berlubang batang pokok tu sampailah pokok tu mati. Lepas keluar hutan aje kami pun berangkat pulang. Masa ballik Abou yang drive. Dan aku punya turn pulak untuk tidur. Zzzzzzz...
Abou dan pokok besar yang dah nak mati. |
Hutan yang kami redah. |
Bos aku sedang mengkaji jenis pokok untuk ditanam di ofis kitorang. |
No comments:
Post a Comment