Aku sekeluarga bersama ibuku telah ke Shah Alam hari Isnin lepas. Ibuku nak pergi berubat dengan seorang tabib keturunan Arab. Sementara menunggu urusan ibuku selesai, aku bersama isteri dan anak-anak kami telah ke sebuah restoran yang terletak berdekatan. Nama restoran tu ialah Restoran Ikan Laga. Yang menarik perhatian kami ialah papan iklan yang tertulis perkataan "Patin Tempoyak & Patin Pais Temerloh". Lalu kami pun ke sana untuk makan tengah hari jam 11 lebih pagi. Ibuku hari tu sedang berpuasa. Jadi dia tak turut samalah.
|
Di depan kedai. |
Sewaktu nak mendekati restoran, kami terpaksa berhati-hati kerana kawasan rumput tak jauh di hadapan restoran dipenuhi najis kucing yang kebetulan suka makan ikan patin masak tempoyak. Bila kami sampai kat dalam restoran, kami bagai terkedu seketika. Kami jangkakan interiornya mempunyai suasana kampung, selaras dengan tema masakan kampung yang diuar-uarkan. Tapi kami nengok kat bahagian dalam kedai penuh dengan gambar kereta racing. Jubin dan corak lantai pun dikaitkan jugak dengan hal-hal berkenaan lumba kereta. Eh! Salah kedaikah kami? Bila menu diberikan, barulah kami confirm tempat tu memang betul. Masa tu sorang pelanggan pun tak ada. Cuma kami aje. Mungkin tema arena litar lumba kereta ni agak sedikit mencemaskan pengunjung. Mungkin ada yang takut kena langgar kereta atau merasa tempat tu tak selamat untuk kanak-kanak. Atau mungkin masing-masing berpendapat menu-nya terdiri dari spark-plug masak kari, steering masak steam atau tayar masak tiga rasa. Bila kami nengok harga patin buah dan patin liar, terus kami kensel dari nak makan ikan patin. Agak mahal. Jadi kami order yang biasa-biasa ajelah seperti nasi goreng dengan minuman pelbagai.
|
Bergambar di depan pintu masuk. |
Setelah menunggu untuk seketika, juadah pun sampai dan kami pun makan dengan gembiranya. ABC dan lencikang-nya agak sedap. ABC dia berwarna garang. Siapa makan terus jadi garang macam harimau. Auuummm!!! Masakan yang lain kira okay jugaklah dengan harga yang berpatutan. Ada jugak aku nak try order ikan laga masak tomyam atau masak goreng cili. Tapi dia tak jual pulak. Lepas makan kami terus kembali ke tempat ibuku berubat. Dan kemudian pulang ke rumah.
|
Gambar-gambar kereta racing banyak tergantung di dinding. |
|
Amier makan dengan seleranya. |
|
"Yaaaa... saya sudah kenyang!" |
|
Sedang asyik menjamu selera. |
Salam, Terima Kasih Diatas review Restoran Ikan Laga .. saya wakil dari Restoran Ikan Laga ingin memberitahu peluang untuk memenangi 1st prize Rm5000.00 dengan menyertai peraduan MAKAN, TULIS & MENANG di http://selangorlicious.my/selangorlicious-2012
ReplyDelete