Sehari sebelum Aidiladha, ibuku suruh aku pergi pasar borong Selayang untuk beli ikan. Aku pun meredah MRR2 selepas subuh dan tiba di pasar borong setelah syuruk. Ikan di pasar sangat banyak. Ikan kembung dan selar bersepah-sepah kat container. Aku beli ikan cencaru, kerisi, kembung, selar dan tenggiri serta udang. Kemudian aku singgah ke seksyen sayuran untuk beli sayur-sayuran pulak. Aku tak tunggu lama. Lepas berbelanja, terus aku balik rumah.
Pintu masuk ke pasar borong Selayang. |
Di rumah aku teruskan menyiang ikan dan udang. Dan bila time nak siang ikan tenggiri, aku mintak Syahmie suruh pegang ikan tu kuat-kuat, agar ia tak terlepas. Aku ambil satu pisau yang sangat tajam. Semua yang ada kat sekeliling pun bertakbir terus-terusan. Dan bilah pisau yang tajam aku letakkan kat leher tenggiri. Lalu kugesekkan perlahan-lahan. Tapi penuh konfiden. Lalu terpercik darah tenggiri membasahi bajuku. Ikan itu menggeliat seketika sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sesudah pasti sang tenggiri betul-betul sudah mati, kami pun mulalah melapah kulit dan daging tenggiri. Sebahagian besar dagingnya kami rebus dan blend untuk dibuat kuah laksa Johor. Memang sedap rasanya bila telah masak. Begitulah cerita aku korbankan ikan tenggiri di lebaran Aidiladha.
Syahmie menjadi saksi upacara sembelihan korban. |
Ikan-ikan kembung yang turut dikorbankan. |
No comments:
Post a Comment