12 November-kami menyambut hari jadi Haikal di suatu tempat yang terpinggir dari hiruk pikuk dan kebisingan kotaraya. Kami meraikan hari bersejarah ini di sebuah hutan simpan yang diberi nama Hutan Jin. (Tapi aku rasa macam salah aje nama tu.) Bukan Hutan Jin, tapi Hutan Gym. Dalam bahasa Inggeris diberi nama Jungle Gym. Letaknya di sebuah pulau terpencil di Bangsar. Okaylah, okaylah. Aku tarik balik istilah pulau terpencil. Aku memang tak pernah sampai ke sini. Kompleks komersil ni nampak hebat jugak.
Kami ke sini setelah menziarahi bonda Rahmah di hospital waktu siangnya. Masuk-masuk aje kat dalam kawasan ni, tangan anak-anak aku kena gari dengan gari kertas. Amier lalu menjerit, "Saya tak bersalah, saya tak bersalah!!!" Dan kami pun masuklah kat dalam. Selain ada tempat permainan kanak-kanak, ada juga gelanggang roller blade. Nampak menarik, tapi den dah tuo. Takut tergolek macam nangko busuk. Aroma makanan yang terhidang menusuk hidung kami. Yang paling terkesan dengan bauan itu adalah Wanie. Wanie berkali-kali tanya aku, "Papa, bila boleh makan?" Aku terpaksa suruh dia tunggu sampai wisel permulaan ditiupkan.
|
Kek bola yang berjaya memperdaya aku. |
Keknya sangat cantik berbentuk bola. Memang sebijik macam bola betul. Nyaris-nyaris aku nak sepak untuk jaringkan gol terhebat alaf ini, hingga terpaksa orang ramai menahan aku dari melaksanakan rembatan terulung itu. Satu lagi ialah kek 'chocolate indulgence' dari Secret Recipe. Yang ini memang aku punya favourite cake. Tapi tak sempat merasa pasal orang lain dah rembat dulu. Aku terpaksa menggunakan imaginasi aku yang kreatif untuk membayangkan kesedapan kek tersebut. Sebelum nyanyi lagu Happy Birthday, aku jadi tukang baca doa. Baca doa makan teruslah. Boleh terus makan. Setelah doa dan nyanyi dan tiup lilin dan potong kek, kami pun berasak-asak menyerbu meja makanan seperti orang ramai menerpa kaunter tiket bas untuk balik raya. Banyak makanan yang terhidang termasuklah sosej, mi goreng, nasi goreng, ayam, dan macam-macam lagi yang sedap-sedap belaka.
|
Menunggu waktu makan dengan penuh harapan. |
|
Sedang membuat latihan pernafasan agar lebih banyak makanan boleh dimasukkan ke dalam perut. |
|
Kak Sapiah, Huda dan Nadia. |
Tetamu siap dapat goodies bag yang berisi macam-macam barang termasuklah mainan budak-budak seperti wisel bergulung, topi ahli silap mata, pinggan kertas dan makanan ringan. Aku nengok Ali sedang asyik mentelaah buku menjelang peperiksaan SPM yang akan berlangsung lagi dua hari. Sungguh tekun Ali belajar, sampaikan makanan terhidang tak diendahkan. Ali mula merasa lapar bila dia start ulangkaji bab piramid makanan.
|
Emi menyediakan hadiah untuk para tetamu. |
|
Masa untuk mengagihkan hadiah. |
|
Masih banyak lagi hadiah untuk diagihkan. |
|
Meniup wisel belalai memang mengasyikkan. |
|
Salleh tiba-tiba merasa malu untuk minum air laici. |
|
Ali sedang khusyuk belajar untuk SPM. Soal makan diketepikan dulu. |
|
Haikal dan papa. |
|
Haikal, papa dan mama. |
|
Memotong bola sampai kempis. |
Ada juga di suatu sudut seorang artis asyik melukis gambar kat muka tetamu yang hadir. Waktu artis tu tengah lukis, diminta jangan terlelap. Sebab kalau terlelap, dia akan melukis sampai penuh satu muka, sampaikan orang pun tak boleh nak kenal siapakah gerangan insan yang berselindung di sebalik lukisan itu.
|
"Oh, gelinya pipiku ini", bisik hati Emi. |
Ada juga cabutan bertuah untuk kanak-kanak. Ketiga-tiga orang anak aku semua dapat hadiah. Mula-mula Zuan nak buat cabutan bertuah untuk orang dewasa jugak. Hadiahnya ialah kereta BMW, kereta Mercedes dan kondo kat KLCC. Tapi tak cukup budget. Terpaksalah dibatalkan hasrat murni itu. Aku memang dah terasa-rasa macam boleh menang aje cabutan bertuah untuk orang dewasa tu.
|
"Sulat kabar lama! Sulat kabar lama!!" Zuan menjerit. Tetapi tiada yang nak jual. |
|
Pak Ngah dan Nadia sedang makan. Tiba-tiba seekor rama-rama besar hinggap kat pipi Nadia. |
|
Hadiah yang diperolehi oleh Syahmie dan Amier. |
|
Wanie dan hadiah hebatnya. |
|
Zila dan Ardi. |
|
Mak Uda sangat, sangat, sangat, sangat gembira sebab dapat makan. |
|
Elin dan Nana. |
Sempat jugak aku berkenalan dengan seseorang yang rajin tersenyum dan tak banyak cakap (buat masa nilah). Nama manjanya ialah Fai. Tapi aku lebih suka panggil dia Five, atau Give Me Five. Nengok orang yang rajin senyum ni memang menyejukkan hati, macam anak buah aku yang sorang tu - Kois. Selamat berkenalan. Kami agak lama jugak berada di situ. Selain makan, sempat jugaklah bermain kat tempat mainan kanak-kanak sebelum kami pulang kira-kira jam 9 malam. Kepada Zuan dan Sri, terima kasih kerana menjemput. Kepada Haikal, atuk Su (woih, den dah tuo) doakan Haikal membesar sebagai seorang yang berjaya di dunia dan akhirat dan akan banyak memberikan bakti kepada agama dan bangsa, terutamanya kepada papa dan mama.
|
"Give me five, Fai". |
|
Sesudah makan. |
|
Azira dan anak saudaranya, Adrian. |
No comments:
Post a Comment