m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, November 28, 2011

Majlis perkahwinan di kawasan orang kaya-kaya

Sabtu tengah hari kami dah bersiap nak pergi ke majlis perkahwinan dua pupu aku kat Shah Alam. Dua pupu aku tu sebenarnya dah senior. Isteri pertama dah meninggal. Ini perkahwinan kali kedualah. Tapi aku tak berapa kenal dengan dua pupu aku yang ini. Mak aku kenal lah agaknya. Sejurus aku memasukkan kunci dan membuat pulasan untuk start enjin kereta, tiba-tiba kereta Exora tu berbunyi, "Hik eeehhh... hik eeehhh." Lain macam aje bunyi dia. Macam ala-ala semput. Sekali aku nengok kat indicator dia, tertulis ayat "Low Battery". Mentang-mentang kereta tu dah lama tersadai tak dibawak berjalan, nak tunjuk perasaan pulak dia. Terpaksalah aku ke bengkel kereta untuk beli bateri baru.

Kat bengkel, ada sorang mekanik bangsa Thailand dari Chiengmai, menengok kereta Exora tu. Bateri lama ditanggalkan. Dimasukkan pula bateri baru. Tapi punyalah slow macam siput campur kura-kura. Itu pun tak berapa nak ngam pasal tombol bateri dia lain sikit dari bateri yang lama. Isy isy isy... Geram jugak aku menunggu. Orang nak cepat ni. Setelah sekian lama, barulah datang seorang mekanik senior yang baru sampai ke bengkel dari tempat lain. Dia nengok cara mekanik Siam ni pasang bateri, dia tak puas hati. Dia bukak balik, dan tak sampai sekelip mata, dah siap dengan cara pemasangan yang lebih berhemah, kemas, lengkap dan sedikit hensem. Aku pun buat bayaran dan beredar dengan senang hati.

Inilah bateri lama yang dah lemah semangat dan merajuk.
Dan bermulalah perjalanan kami ke Shah Alam. Kami sampai agak lambat pasal aku ikut jalan yang jam. Bila sampai di rumah pengantin, makanan dah nak habis. Tinggal bihun soto aje dan lauk sedikit sebanyak, tapi takda nasi. Kami makan dulu apa yang ada. Tengah lapar memang sedap jugak makannya. Setelah beberapa ketika, barulah sampai nasi. Siapa yang masih lapar makanlah nasi pulak. Aku dah makan soto dengan agak banyak, jadi aku tak larat nak makan nasi.

Sampai-sampai aje kami terus makan apa yang ada.
Nasi tiba agak lewat.
Amier makan bihun soto aje.
Merasa makanan ketika lapar memang sangat nikmat.
Pakcik aku pun sampai lewat jugak. Lagi lewat dari kami.
Semasa kami menjamu selera, ada sekumpulan pemuzik versi Jawa asli yang veteran mendendangkan lagu-lagu Jawa mendayu-dayu. Satu habuk aku tak faham apa yang dinyanyikan, walau pun aku sendiri memang berketurunan Jawa.  Aku cuma layan alunan muzik dia ajelah.

The Veteran Jawa Gang. Main lagu Jawa dari mula sampai habis majlis.
Setelah makan-makan dan bersembang, kami berangkat pulang. Aku sempat nengok-nengok keadaan perumahan sekeliling. Ini memang sah tempat orang kaya-kaya kat seksyen 8, Shah Alam. Rumah besar-besar. Business pun mesti hebat-hebat. Buat masa ni aku ambil gambar ajelah rumah-rumah yang gadang tu. Bila balik aku ikut jalan yang tak jam. Kejap aje dah sampai rumah. Aduh... mengantuklah pulak mata ni. Try tidur kejap. Malam ni ada satu lagi acara untuk dipenuhi.

Rumah kat belakang tu memang besar dan cantik.

1 comment:

  1. Dichini is a main organization in everywhere throughout the world and offering bike calfskin clothing, Dichini Motorcycle Apparel Store with quality Motorbike Leather Jacket, Motorbike Leather Suit coat and suits.

    ReplyDelete