m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, November 10, 2011

Konspirasi Blackie palsu

Pagi tadi kesemua empat ekor anak kucing kami terlepas kandang. Ayah aku memang suka bukak kandang pagi-pagi sambil bermain-main dengan kucing-kucing tu. Atau kekadang kandang dibuka untuk membiarkan Snowcat masuk ke dalam menyusukan anak-anaknya. Entah macam mana pagi tadi kandang tak ditutup rapi, maka semua isi kandang telah terlepas lari.

Puaslah ayah aku dan anak-anak aku mengejarnya, dan akhirnya berjaya juga mendapatkan Gray, Speckie dan Brownie. Cuma Blackie aje yang masih terlepas dan tak dapat ditangkap. Oleh kerana kami dah lambat nak ke pejabat, maka kami biarkan aje Blackie kat luar kandang.

Kejadian pagi tadi membuatkan aku banyak berfikir. Aku sangat yakin ini ada kena-mengena dengan konspirasi Blackie palsu yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Menurut perkiraan aku, Blackie palsu telah berjaya memperdaya ayahku untuk membuka kandang dan melepaskan anak-anak kucing itu. Plan sebenarnya ialah untuk melepaskan Blackie asli aje. Sebab tulah cuma Blackie saja yang masih duduk kat luar kandang. Nanti pasti Blackie palsu akan menyamar sebagai Blackie original dan mengaut segala makanan yang dihidangkan. Serta menumpang menyusu dari Snowcat. Serta akhirnya akan merampas segala harta pusaka Snowcat suatu hari nanti. Oh, tidak! Niat buruk ini perlu aku cegah! Aku akan tetap memburu Blackie asli dan memasukkan ke dalam kandang. Kalau sempat, malam ini jugak aku akan bertindak!

No comments:

Post a Comment