Kami anak beranak telah bersidang pada malam hari Selasa lepas. Isu yang perlu dibincangkan adalah soal penjagaan bonda Rahmah bila beliau keluar dari hospital nanti. Antara agenda yang dibentangkan ialah rumah siapa yang akan menjadi tempat bonda Rahmah dirawat, serta jadual penjagaan harian. Semua anak-anak hadir melainkan abang Ngah serta abang Khalid yang kebetulan ada urusan lain.
|
Sidang baru dimulakan di Restoran Gula Melaka. |
|
Sambil bersidang, sambil meneguk air, sambil mulut mengunyah, sambil gigi menggigit kulit kuaci. |
Persidangan berlangsung di Restoran Gula Melaka, berhampiran Ampang Point. Sambil gigi kami menggigit kulit kuaci, kami mula membuat pesanan minuman dan makanan. Aku order teh tarik dan nasi goreng kampung atau sesetengah orang panggil nasi goreng desa. Sidang dimulakan dengan utusan dari kak Long. Kemudian masing-masing memberi pendapat. Semuanya pendapat yang bernas. Ketika ayahanda Atan diminta untuk memberikan pandangan mengenai isu ini, tiba-tiba dada ayahanda menjadi sebak. Dan anak-anak turut menjadi sebak melihat ayahanda menitiskan air mata. Ayahanda Atan tak mahu anak-anak terbeban dengan masalah kesihatan kedua ibubapa. Bagi anak-anak pulak, itu adalah tanggungjawab yang perlu digalas. Semua bersatu hati memang akan menjaga kedua ayahanda dan bonda sepenuh hati.
|
Masing-masing memberikan buah fikiran yang bernas. |
|
Sidang ini berlangsung dengan santai. |
Sidang memutuskan bahawa ayahanda dan bonda akan berehat dan dirawat di rumah kak Esah. Anak-anak yang lain akan membantu dengan memberikan dana serta melakukan kunjungan sekerap mungkin agar tanggungjawab menjaga ayahanda dan bonda dapat dipikul bersama-sama secara sekata. Semoga sepakat membawa berkat. Semoga keafiatan, rahmat dan redha dari Allah selalu mendampingi kami sekeluarga. Dan pada malam itu, cucu bonda Rahmah menjadi pencatit minit sidang.
|
Yang lain sibuk berfikir. Ika sibuk mencatit dan mengambil order nak makan apa. |
|
Cadangan demi cadangan dibentangkan. |
|
Keputusan hampir dicapai. |
|
Mesyuarat hampir ditangguh. |
|
"Ke hadapan boipren ku yang kucintai. Eh, silap pulak. Keputusan mesyuarat ialah..." |
No comments:
Post a Comment