31 Oktober lepas ialah hari jadi Wanie. Kebetulan setelah dicabut undi, jatuhlah giliran Wanie untuk menemani Atuk Pon di hospital. Wanie telah ditugaskan bersama Suraya untuk membantu Atuk Pon menguruskan diri. Awal-awal pagi sebelum ke pejabat aku ke hospital minitip Wanie. Banyak kali aku dan isteri memesan Wanie untuk dengar-dengarkan apa yang Atuk Pon nak minta tolong. Jangan terlalu fokus sangat tengok tv sampai tak dengar Atuk Pon panggil.
Selepas waktu pejabat, aku dan isteri ke hospital dan nengok rupanya ada ramai jugak orang yang tolong jagakan Atuk Pon, termasuklah Mak Long, Mak Nyah dan Mak Anjang. Wanie dan Suraya nampak happy aje kat hospital tu. Sempena hari jadi Wanie, kami belikan ayam goreng KFC untuk dimakan bersama-sama. Wife aku turut menghadiahkan beg galas Angry Bird warna hitam kepada Wanie. Semoga sedikit pengorbanan Wanie pada hari lahirnya akan mendapat balasan yang hebat pada hari akhirat kelak.
Wanie tengah nengok tv dengan penuh perhatian supaya cerita dapat difahami dengan mendalam. |
Wanie dan Suraya bergabung menjaga Atuk Pon. |
No comments:
Post a Comment