Pada hari meraikan hari jadi Haikal Sabtu lalu, kami telah makan-makan sampai kenyang. Lepas makan kami pun bergegaslah untuk mencari tempat solat maghrib. Zuan kata kat bawah ni aje. Kami pun turun bawah ikut eskalator. Belok kiri. Belok kanan. Buat u-turn. Jalan straight. Pusing-pusing bertawaf seluruh kompleks. Masih tak jumpa jugak letak suraunya di mana. Jenuh kami berjalan. Lenguh lutut kami. Aku terpaksa menanya orang sana dan sini. Orang tu kata, "You nampak traffic light, belok kanan". Orang ni pulak kata, "Bila nampak round abaut, belok pukul sembilan". Akhirnya aku tanya satu orang, "Inche, mana itu surau?" Orang tu berkata, "Inche ikut saya. Saya pun mau solat juga". Syukur. Kami ketemu dengan surau dan bersolat. Lepas solat maghrib, kami kembali ke Jungle Gym untuk main game budak-budak pulak.
Bergambar sebentar. Tertarik dengan vertical landscape-nya. |
Selepas solat maghrib. |
Signboard SURAU hanya ada dekat dengan pintu masuk surau. Tempat lain tak ada. Pasal tulah susah nak cari. |
No comments:
Post a Comment