Ahad semalam kami memenuhi undangan ke majlis perkahwinan di sebuah pulau terpencil diberi nama Pulau Indah kat Kelang. Kami siap tempah tiket kapal layar untuk mengembara ke pulau yang sangat mistik itu. Siap dengan bekalan pakaian dan makanan sebab kami tak tahu berapa lama kami akan berlayar di perairan lautan samudera yang tak bertepi. Sehinggalah tiba-tiba anak aku tertengok kat Google Map dan mendapati rupanya ada highway yang menghubungkan Kuala Lumpur straight ke Pulau Indah dan perjalanannya pun tak sampai sejam. Jadi kami terpaksa kansel semua tiket kapal, dan memutuskan untuk naik kereta aje ke sana.
Kami meredah Lebuhraya Kesas. Tak sampai sejam, kami dah sampai. Dulu aku dan isteriku pernah pergi memancing ikan kat kawasan Teluk Nipah yang tak jauh dari Kampung Perigi Nanas. Itulah nama kampung yang kami pergi. Tapi sebijik perigi atau sebijik nanas pun kami tak nampak. Jemputannya bermula jam 10 pagi, sampailah membawa ke petang. Dengar cerita asalnya tuan rumah nak buat sebelum subuh. Tapi hajat telah dibatalkan pasal waktu tu orang ramai masih berselimut lagi daaaa...
|
Banner orang yang kahwin. |
Bapak pengantin ialah sepupu mak aku. Maka pengantinnya adalah tiga pupu aku. Nanti kalau pengantin dapat anak, anak dia ialah empat pupu kepada anak-anak aku. Kat tempat pengantin, memang ramai sungguh tetamu yang datang. Aku rasa satu kampung diajak datang ke rumah. Bukan saja penduduk Kampung Perigi Nanas, tetapi jugak semua kampung berdekatan, kampung seberang, dan semua kampung yang wujud kat Selangor dan Negeri Sembilan. Memang ramai sangat-sangat tetamunya.
|
Amier menghadap kerepek bawang sorang-sorang. |
Sesampai di sana, kami terus ambil makanan dan cari tempat duduk. Memang masakan kampung betul semuanya. Nasi putih berlaukkan rendang daging, umbut kelapa masak lemak, sambal goreng jawa berkentang, dan kulit lembu masak lemak. Memang hebat! Ada jugak ayan golek yang digolek-golek di atas bara. Ayam dia memang sedap dan laris. Dan cukup banyak ayam-ayam di kampung tu yang telah digolekkan. Sehinggakan jabatan mergastua terpaksa menghentikan aktiviti menangkap ayam pasal ayam kat kampung tu telah hampir pupus disembelih dan dibuat ayam golek. Amier lepas makan nasi duduk menghadap kerepek bawang. Dijamah sampai habis satu bekas. Lepas tu cari bekas lain pulak.
|
Menjamu selera kampung. |
Selain nasi berlauk, ada jugak dessert kerepek pisang, koci labu, kerecek, halwa maskat, agar-agar dan bubur kacang hijau. Puas kami makan dengan santainya. Mak ayah aku duduk semeja dengan pakcik aku. Aku duduk sekali dengan Syahmie dan Amier. Isteri aku duduk sekali dengan Yana dan Wanie. Terpaksa pecah-pecah pasal tempat duduk yang agak terhad.
|
Pakcik dan makcikku. |
|
Amier masih menghadap kerepek bawang bersendirian. |
Kenduri ni memang menggunakan kaedah rewang-rewang gotong-royong dari segi masakan dan persiapan. Semua yang tolong masak duduk kat bangsal luas. Sambil tetamu datang, masih ada lagi golongan yang masak memasak. Maklumlah, jamuan habis lambat lagi, sampai ke petang.
|
Bangsal tempat bekerja. |
|
Tengah masak apa pun aku tak tau. Dodol kot? Tak kan pulak. |
|
Brother ni gembira gambarnya diambil. Dia ingat nak masuk front page Berita Harian. |
|
Kek dua tingkat tak sempat dipotong. Kempunan aku tak dapat rasa. |
|
Inilah lauk pauk kenduri kahwin yang dihidang. |
Sementara kami makan-makan, juru acara memanggil-manggil nombor cabutan bertuah untuk diberikan hadiah kepada para penanggah dan sanak saudara serta mereka yang terlibat dalam gotong-royong merewang tu. Tetamu biasa yang datang tak layak untuk mendapatkan hadiah apa-apa. Sekadar makan dan ambik goodies bag sorang satu.
|
Hadiah punyalah banyak. Satu pun aku tak dapat! |
|
DJ yang melaung-laungkan nompor pemenang. |
|
Ayam golek beratus ekor yang terkorban. |
Lepas makan, kami pun beredar pulang, melalui kebun sawit yang mengalir di tepinya air parit yang ada anak-anak ikan dan berudu. Sesekali datang kenduri kat belah kampung macam ni memang terasa seronok jugak. Waktu memandu pulang, aku terasa sedikit mengantuk pasal matahari memancar terik ke muka aku. Itulah upacara kenduri kahwin yang kami hadiri semalam. Sekian terima kasih.
|
Balik time. |
|
Masa ni tengah melangkah balik. |
|
Meninggalkan perkarangan rumah pengantin. |
No comments:
Post a Comment