m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, November 1, 2011

Amier bergaya di Kayu Nasi Kandar

Pada weekend lepas ibu mentua ku dimasukkan ke dalam wad kerana sakit perut. Doktor membuat kajian dan mengesahkan ia adalah barah usus. Anak-anak dan cucu berkampung di hospital mengambil giliran menemani ibu. Salah satu hari tu kami makan anak beranak kat restoran Original Kayu Nasi Kandar kat belakang stesen Petronas Ampang Jaya. Makan lauk yang serba ringkas. Mungkin selera tak berapa ada kerana di minda masih kusut memikirkan keadaan ibu tersayang.

Selepas makan, Amier yang sentiasa ceria tetap meneruskan berwajah ceria. Sempat aku merakamkan keletah Amier di perkarangan restoran tersebut. Sesudah makan, kami kembali menuju ke hospital. Buat masa ini, hospital telah menjadi rumah kedua anak-anak. Semoga ibu cepat sembuh. Dan anak-anak akan terus mendoakan ibu agar terus sihat walafiat.



No comments:

Post a Comment