Hari Ahad Raya Haji. Hari Isnin masih cuti. Jadi, pagi-pagi lagi aku dah kontek abang Hj Nordin. "Hello. Boleh cakap dengan abang Nordin?" "Abang Nordin tidur", jawab orang sebelah sana. Sejak abang Hj Nordin kerja shift malam sebagai operator, memang dia balik lambat dan akan tidur sekejap selepas solat subuh. Tak lama lepas tu telefon aku pulak berdering. "Ha, Adi! Nak main tenis kat Jelatek, pukul 8.30?" Aku okay aje. Semalam abang Hj Nordin sms kat aku katanya main kat Setiawangsa jam 9 pagi. Dah tukar jadual nampak gayanya.
Yang datang ke gelanggang cuma kami berdua aje. Kena main single lagilah. Aku cakap dengan abang Hj Nordin, "Hari tu saya kalah pasal cuaca panas. Sekarang saya akan memberikan tentangan paling hebat untuk memenangi cabaran ini. Hwaa ha ha ha ha!!!" Aku ketawa macam orang jahat tengah plan nak buat jahat. Dan di game yang pertama, aku menang. Dengan senyuman sinis aku berkata lagi, "Nengok, saya sudah menang ini game". Abang Hj Nordin sambil tersenyum berkata dengan tenang, "Baru nak warm-up".
Dan ternyata, pada game kedua, ketiga, keempat dan kelima aku tewas. Sekarang abang Hj Nordin sedang leading 4-1. Game keenam aku main lebih hati-hati. Hujan mula turun secara renyai-renyai. Court agak basah dan licin. Aku gunakan kesempatan ini untuk bagi bola ke penjuru gelanggang kerana aku tau abang Hj Nordin tak akan lari laju pasal court licin. Dan akhirnya aku menang game yang ini. Kemudian kami putuskan untuk berhenti bermain pasal merbahaya untuk teruskan permainan atas gelanggang yang licin. Boleh tergelincir dan jatuh. Nampak gayanya aku tewas lagi kepada abang Hj Nordin 2-4. Sebenarnya sebab utama aku kalah ialah pasal stamina ada kurang. Bak kata sesetengah orang, tak ada angin. Mana nak ada angin, asyik suka kentut aje. Semua angin aku dah buang jauh-jauh. Walaupun tewas, aku tetap puas dan menanti peluang untuk main double pulak pada masa hadapan.
Usia abang Hj Nordin dah 60 tahun! Tapi masih bersemangat dan bertenaga. |
No comments:
Post a Comment