m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, November 7, 2011

Aidiladha tahun ini - 2011

Semalam ialah Hari Raya Korban Aidiladha. Pagi-pagi lagi kami dah kelam kabut ke surau untuk solat sunat Aidiladha. Jemaah agak ramai. Maksudnya tak ramai orang yang balik kampung. Syahmie kira ada lebih 10 ekor lembu kat surau menanti untuk dikorbankan. Kambing pun ada jugak dari pelbagai spesis. Termasuklah kambing gurun, cili kambing dan tangga kambing.

Lepas solat, kami bersiap-siap pasal ada tetamu yang dah janji nak datang rumah - kawan-kawan keluarga kami. Kat rumah kami ada masak laksa Johor dan Nasi Di Ambeng Sore versi Ahmad Jais. Tetamu terawal datang pada jam satu tengah hari-Dino dan Ardi. Kedua-dua mereka pakai jubah al-Arabia. Very the sesuai untuk diperagakan pada hari itu. Kami makan tengah hari sama-sama dan bersembang panjang. Kebetulan Dino tu memang sangat peramah. Ardi pulak sangat teruja dapat makan nasi ambeng. Dua bungkus dia makan. Bersih licin. Tahniah! Mereka pulang dengan mendapat hadiah sebalang biskut Nestum dengan cip cokelat. 


Makan tengah hari-nasi di ambeng sore di dapur.
Dino memilih lauk.
Dino dan Ardi.
Kami tunggu tetamu selanjutnya-Dr Nazli. Tunggu punya tunggu dia tak datang. Bila call katanya dia tak dapat keluar rumah pasal ada orang datang kat rumah dia. So, akhirnya kami bungkuskan untuk Dr Nazli nasi ambeng dan beliau bekalkan kami nasi dagang yang sangat hebat. Sebelah petang kami beraya di hospital pulak, menziarahi ibu mentuaku yang sedang dirawat di hospital.

Ibu dan ayahku.
Ardi dan Dino mendapat cenderahati dari ibuku. Menang kategori anugerah khas juri.

No comments:

Post a Comment