Kami melawat ayah dan bonda di hospital waktu pagi. Selepas tengah hari kami keluar sekejap untuk makan lunch. Wife aku cadangkan makan kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang terletak kat Ampang Waterfront. Cuma sepelaung aje jaraknya dari hospital. Aku tahu fikiran isteri aku tengah kusut memikirkan keadaan ayah dan bonda. Jadi, pergi makan di tempat yang lanskapnya cantik ini mungkin sedikit sebanyak boleh meredakan kekusutan untuk seketika.
|
Belum apa-apa, Amier dah bergaya dulu. |
Yang paling excited bila sampai kat tempat ni ialah Amier. Mundar mandir dia suruh aku ambil gambar dia tengah posing macam-macam style. Aku layan kehendaknya. Kebetulan tempat ni memang ada nice landscape. Sementara tu kami pun order-lah apa-apa yang patut, termasuklah ikan pari, sotong dan siakap. Semua masak 3 rasa. Nak masak 13 rasa takda pulak. Terpaksalah kami berpuas hati dengan cuma tiga.
|
Puas Amier mundar-mandir kat kawasan taman yang cantik. |
|
Menanti makanan tiba. |
Tak lama kemudian, masakan pun sampai. Bila terhidang aje, kami pun makan dengan rakusnya. Agak pedas tapi kami selesaikan jugak sambil lidah menggelupur menahan perit. Amier makan tak banyak sangat. Nasi sepinggan pun tak habis. Dia cuma interested nak makan sotong aje. Habis makan aje hujan pun turun lebat. Kami sedikit basah bila berlari ke kereta. Lepas hantar anak-anak aku ke rumah, aku dan isteri kembali ke hospital melawat ayah dan bonda. Mereka perlu selalu didampingi oleh orang-orang yang menyayangi.
|
Bila nak sampai ikan bakar ni? Perut dah laparrrrr... |
|
Semua sudah habis. I sudah kenyang... Tauke, mari kira! |
No comments:
Post a Comment