Sabtu malam, aku dan isteri ke Saloma Bistro kat MATIC Jalan Ampang untuk sambut hari anniversary perkahwinan kami yang ke-15. Masa baru berkenalan dulu, kami selalu kat sini tengok persembahan teater atau berlatih teater. Tapi sekarang tempat ni dah jadi agak asing pulak bagi kami. Tarikh ulangtahun tu sebenarnya dah lepas. Tapi baru nak meraikan pada malam hari Sabtu lalu. Wife aku yang book tempat. Kami bertolak lepas solat maghrib, dan lepas ziarah bonda kat hospital.
Ruang makan tu nampak agak lengang. Yang ramai ialah pelancong yang aku kira dari Iran kot. Kami sampai kira-kira jam 8 malam. Terus capai pinggan dan makanan yang terhidang. Makanannya taklah berapa hebat. Tapi ada show tarian tradisional yang menjadikan malam tu lebih meriah. Persembahan pentas hanya bermula kira-kira jam 8.30 malam. Dan berterusan sampai jam 9.20 malam.
|
Acara makan pun bermula. |
|
Bergaya sejenak sesudah makan. |
|
Makan buah-buahan lagi sedap. |
|
Suasana dewan memang agak lengang sedikit. |
|
Di luar dewan makan. |
Tak kurang 10 persembahan yang dipertontonkan kepada pengunjung. Pelancong asing memanglah sangat teruja dengan segala macam tarian etnik kreatif, termasuklah tarian Melayu, Cina, India dan suku kaum Sabah Sarawak. Satu-satu tarian tu tak lama masanya.
|
Tarian selamat datang. |
|
Pakaian penari memang sangat colourful, macam raya. |
|
Tarian ala timur tengah. |
|
Tarian India - one person show. |
|
Yang ni tarian joget kot. |
|
Tarian Cina paling simple. Main goyang selendang dari mula sampai habis. |
|
Aksi kungfu tak keluar pulak masa mereka menari. |
|
Tarian etnik Sabah Sarawak yang telah dimodenkan. |
|
Mamat kat belakang tu sebenarnya nak masak lemang. Tapi kena panggil untuk menari pulak. |
Bila tiba giliran mempersembahkan tarian suku kaum Sarawak, keluarlah satu mamat dengan sumpit beracun. Lalu dia menyumpit belon yang dibawa oleh penari hingga pecah. Tak cukup dengan itu, penyumpit itu siap menyumpit segala belon hari jadi di kawasan Lembah Kelang hingga tak ada satu belon pun yang dapat dilihat terapung-apung di udara. Lepas tu dia tanya, ada sesiapa yang nak cuba menyumpit. Ada satu mamat Iran ni angkat tangan dan terus menyumpit dengan satu sumpitan yang sangat hebat dan kuat hingga menyebabkan dinding bangunan retak, dan tiang bengkok sampaikan bangunan hendak runtuh. Tapi mujur tak runtuh pasal engineer yang design bangunan tu dah ambil kira faktor bangunan kena sumpit.
|
Pakar sumpit terhebat di Nusantara. |
|
Nyanyian lagu "Malaysia Truly Asia" sebagai penutup persembahan. |
Selain mengajak penonton menyumpit, penonton juga diajak untuk menari bersama penari-penari yang lain. Ada dua orang yang volunteer. Satu mamat badan macam Conan, yang berketul-ketul. Satu lagi mamat yang kerempeng macam kayu. Mamat yang badan macam kayu tu dia punya tarian pun memang macam kayu jugak. Tapi mamat yang badan berketul tu tarian dia agak lembut pulak. Dua-dua tu aku rasa orang Iran. Semua orang memberi tepukan gemuruh sejurus mereka turun dari pentas kerana mereka sporting.
|
Bergambar dengan penari. |
|
Nengoklah betapa warna-warninya pakaian penari-penari. |
Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan penari dan sessi ambil gambar bersama penari kebudayaan. Lepas tu bila dah habis show, terus kedengaran lagu al-arabia. Geng-geng Iran yang macam ala-ala mabuk tu pun bersahut-sahut sambil menari-nari. Waktu tu kami pun meninggalkan dewan untuk pulang ke rumah. Perut pun dan kenyang sangat pasal banyak minum air.
|
Geng Iran yang mendominasi dewan. Yang baju belang tu pandai jugak dia menari rentak Melayu. |
|
Bergambar sebelum pulang. |
Sebelum balik, kami sempat ambil gambar kat luar bangunan, kat lampu kelip-kelip tepi jalan. Try juga ambil gambar berlatar belakangkan Twin Tower KLCC menggunakan kamera auto-focus. Kalau dapat kamera canggih, mestilah lagi hebat hasilnya. Dan kami pun pulang dengan senang hati. La la la la la...
|
Lampu lip-lap ni macam perayaan Krismas pulak. |
|
Mengambil kesempatan bergambar dengan pokok ajaib. |
|
Pokok krismas di musim salji. |
|
Pancaran lampu birunya membuatkan badan aku jadi biru. |
|
Matching-lah pulak pokok tu dengan baju aku. |
|
Di Saloma Bistro. |
|
Background KLCC Twin Tower. |
No comments:
Post a Comment