Semua orang sedia maklum, hari Khamis 17 November adalah hari keluarnya keputusan UPSR bagi pelajar tahun enam sekolah rendah. Dari awal pagi aku suami isteri dah bersedia dan bersemangat nak ambil keputusan kat sekolah. Syahmie kata result akan keluar jam 10 pagi. Kami tunggu dalam kereta sampai jam 9.50 pagi. Lepas tu barulah kami melangkah kaki menuju pagar sekolah untuk masuk kat dalam sekolah. Tapi pak guard kata dia dapat arahan hanya boleh benarkan ibubapa masuk jam 10 pagi. Kami dan ibubapa yang lain pun tawar menawar dan akhirnya kami dibenarkan masuk. Eleh, lagi sepuluh minit aje pun nak berkira.
|
Hari ambil keputusan UPSR kat sekolah SK Ampang. |
|
Menunggu di kantin sekolah dengan kawanku, Pau. |
Kami tunggu penuh sabar. Begitu jugak ibubapa yang lain. Mula-mula duduk kat wakaf. Tapi terlalu panas. Pindahlah kat kantin pulak. Jumpa kawan Wattop aku, Pau yang jugak nak ambil result UPSR anak dia, Faris. Kami borak-boraklah. Tapi Pau dah pernah ada experience dulu. Jadi dia relax sikitlah. Sedangkan aku dan isteri baru first time. Agak menggelabah jugak, especially wife akulah. Tak senang duduk dia. Sentiasa berdebar-debar dalam hati. Agak lama jugak kami tunggu. Mula-mula ada pengumuman kata result akan keluar jam 10.45 pagi. Lepas tu kena extent lagi masa dia pasal cikgu yang ambil result tu masih tak sampai lagi kat sekolah. Kami yang tak sabar dan nak kurangkan kadar suspen, terus dial sms. Melalui sms pun boleh tau keputusan. Tapi kuranglah thrill dia.
|
Ibubapa yang bersemangat dan berdebar menanti keputusan diumumkan di dewan. |
|
Murid-murid menanti dengan sabar dan penuh suspen. |
Kira-kira jam 11.15 pagi barulah cikgu yang ambil result sampai sekolah. Diiringi dengan dua orang polis yang escort pasal cikgu-cikgu tu ada bawak duit beribu-ribu ringgit yang nak diagih-agihkan kepada murid-murid, sorang dapat RM100. Aku nengok ibubapa bukan main resah tatkala murid-murid dan guru dah mula berkumpul di dewan. Tapi bebudak cuma relaks je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi aku nampak Syahmie macam cemas jugak. Maklumlah, cikgu dia target memang dia akan dapat 5A. Jadi mungkin dia tengah stress nak menantikan sama ada dia menepati tekaan cikgu-cikgu. Ketika para guru sedang menyediakan diri untuk menyampaikan keputusan, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Ada sms baru masuk. Aku terus capai handphone aku. Dan aku baca mesejnya. Yes! Syahmie dapat 5A. Aku bagi tau wife aku. Wife aku terharu dengan berita itu. Tapi dia masih tak puas hati sehingga nampak sendiri slip. Jadi kami kena tunggu slip keluarlah pulak.
|
Syahmie nampak resah. Tapi kawan-kawannya macam cool aje. |
Mula-mula guru besar buat pengumuman. Ada 243 calon yang ambil UPSR. Daripada jumlah tu, cuma 25 orang dapat 5A. 15 orang dapat 4A 1B. Sorang dapat 4A 1C. Menurun banyak dari tahun lepas. Tahun lepas yang dapat 5A ada kira-kira 40 orang. Walaupun begitu, jumlah kelulusan nampaknya telah meningkat. Dan Sekolah Kebangsaan Ampang masih yang terbaik bagi daerah Ampang. Mula-mula nama pelajar yang kurang cemerlang yang dipanggil. Lepas tu baru meningkat kepada pelajar yang dapat 5A. Masa tu aku dah tak suspen langsung pasal dah tau keputusannya. Syahmie yang masih tak tau merasa sangat gembira bila dia tergolong dalam golongan pelajar 5A. Aku dan isteri lagilah sangat gembira. Aku nengok ada bebudak 5A siap berpelukan antara satu sama lain. Ada jugak pelajar yang menangis bila tak dapat 5A. Lalu cikgu-cikgu pun bagi nasihat bahawa mereka yang tak dapat 5A masih boleh cemerlang pada masa akan datang. Jangan putus asa dan jangan terlalu sedih. Betul kata guru-guru tu.
|
En Md Nor (Yang Dipertua PIBG) memberi slip keputusan UPSR kepada Syahmie. |
|
Bergambar selepas mengetahui keputusan. |
|
Slip keputusan UPSR Syahmie. |
Pada hari yang sama, petang tu aku terus menghala ke Bangunan Medan Mara untuk ambil borang masuk ke MRSM. Tapi pak guard kata kena pergi bangunan lainlah pulak kat Jalan Medan Tuanku, iaitu bangunan Mara Wilayah Persekutuan. Aku ingat aku dah lambat pasal masa tu dah jam 4 petang lebih. Rupanya kat sana ramai ibubapa yang beratur untuk tujuan yang sama. Termasuklah kawan Wattop aku lagi sorang, Mus Boboque yang ditemani Mail Shah. Setelah ambil password untuk masuk web online barulah aku merasa lega dan balik ke rumah. Lepas ni aku akan sibuk nak isi borang dan siapkan semua sijil-sijil serta cop pengesahan. Terpaksalah cuti untuk menyelesaikan hal-hal bersangkutan sekolah Syahmie ni. Tak apalah asalkan Syahmie mendapat pendidikan yang terbaik, duniawi dan pelajaran akhirat jugak.
|
Medan Mara yang aku kunjungi. Tapi salah destinasi rupanya. |
|
Bangunan Mara Wilayah Persekutuan, tempat ambil borang masuk ke MRSM. |
No comments:
Post a Comment