Hari ni aku ambil cuti. Kakak aku yang selalunya menguruskan transportation anak-anak aku ke sekolah terpaksa ke Kedah menjemput anaknya yang belajar di sana. Jadi, hari ni aku terpaksa jadi drebar anak-anak aku. Setelah menghantar isteri ke pejabat, aku terlintas untuk melakukan sedikit senaman. Biar tubuh dan minda aku lebih cergas untuk melakukan kerja-kerja yang masih banyak belum dibereskan, baik di rumah mahupun di pejabat. Walaupun kederatku tak seberapa, namun aku paksa jugak. Aku telefon abang Hj Nordin. Kebetulan beliau agak lapang (maklumlah orang dah pencen) dan bersetuju untuk main tenis di Jelatek selama kira-kira sejam.
Jam 10 pagi kami sampai di gelanggang. Matahari dah mula menegak. Jadi aku tak terlalu bersungguh-sungguh menghayun raket. Takut cepat penat. Kami stroke dan kemudian berentap main single. Seperti dijangka, aku tewas 2-9. Memang aku penat setelah sejam main single. Tambahan pula terik matahari bagai mencucuk-cucuk kepalaku. Lepas main, kami rehat kejap dan bersembang. Rupanya arwah ibu abang Hj Nordin pun dulunya menghidap sakit barah usus jugak. Dan perutnya pun ditebuk jugak. Sama seperti ibu mentuaku. Abang Hj Nordin menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya menjaga ibunya dulu. Sedikit gambaran dapat aku bayangkan. Semoga kami dapat bersungguh-sungguh menjaga ibu selepas beliau keluar dari hospital nanti.
No comments:
Post a Comment