Pada hari Isnin lalu aku dan wife cuti pasal cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Ahad. Mak aku mengambil kesempatan waktu aku cuti untuk ajak aku pergi ke Taman TTDI Jaya, Shah Alam jumpa satu pakar perubatan alternatif. Dengar cerita tabib tu keturunan Al-Arabia dan berumur lebih 100 tahun! Nama dia Shaikh Omar. Mak aku nak rawat lututnya yang dah lama sakit. Jalan pun terhincut-hincut. Aku lalu mengajak seluruh keluarga aku untuk ke Shah Alam sambil hantar mak aku pergi berubat, kami pergi jalan-jalan musim cutilah.
Rumah Tabib Shaikh Omar. |
Kami pernah ke sini sekali, tapi masa tu tabib tu takda rumah. Jadi kali kedua ni aku konfiden sikit nak cari rumah dia. Tapi over konfidenlah pulak sampai sesat barat. Lalu wife aku gunakan dia punya I-Pad untuk cari arah. Syukur. Kami tiba dengan selamat. Sesampai di sana memang cukup ramai orang yang sedang menungu untuk berubat. Rumah dia memang berbau herba. Banyak betul ubat-ubatan buatan sendiri kat ruang tamu, tempat beliau berubat. Aku pimpin mak aku sampai kat dalam. Kemudian aku nengok sekeliling. "Yang mana satu tabibnya?" bisik hati aku. Bila aku nengok betul-betul barulah aku tau. Rupanya atuk yang pakai t-shirt putih dan seluar jeans tu. Rugged jugak atuk ni rupanya. Fizikalnya macam orang baru berusia 70an. Nampak masih gagah lagi.
Aku tunggu untuk seketika untuk mengetahui kaedah rawatannya. Lalu tiba giliran seorang pesakit wanita berbadan agak gempal dalam usia 50an. Lutut dan bahunya sakit. Mula-mula dia rawat lutut. Tabib tadi menekan sekuat hati sambil memberikan beberapa karate ke atas lutut pesakit tadi. Berkerut muka pesakit menahan hentakan bertalu-talu dari pak tabib. Lepas tu dia rawat pulak bahu pesakit. Bahu dipegang kemas. Lalu tak semena-mena dia mengepak bahu pesakit tanpa ehsan. Pesakit cuma diam, walaupun dalam hati menangis sambil mengaduh. Lepas tu pak tabib berkata dalam loghat utaranya, "Okay, dah boleh berlari dah. Tangan pun dah boleh angkat. Merdeka. Merdeka!" Pak tabib memang banyak berceloteh dan berjenaka semasa merawat orang sakit. Tapi jenakanya agak kasar. Siapa yang tak tahan, boleh panas jugak telinga mendengarkannya. Lepas rawatan, pembantu pak tabib akan memberikan ubat-ubatan 'made in sendiri' seperti yang diarahkan. Pantang larang ketika berubat memang banyak, bergantung kepada jenis penyakit. Bagi pesakit sendi misalnya, tak boleh makan labu, kobis, ubi, dan tah apa lagi. Aku pun tak berapa nak ingat. Lepas giliran mak aku selesai, barulah kami balik. Waktu tu dah tengah hari.
No comments:
Post a Comment