Sebagaimana yang pernah aku kisahkan dulu, bonda Rahmah telah dimasukkan ke ICU selepas pembedahan membuang barah di usus. Pada hari Rabu lepas bonda telah didapati lebih stabil dan doktor telah mengarahkan bonda ditempatkan di wad biasa. Oleh kerana wad single tak ada masa tu, jadi bonda telah ditempatkan di wad Premier untuk satu hari. Keesokan harinya barulah masuk balik kat wad single yang biasa.
Di wad premier untuk sehari. |
Jururawat sedang memberi bonda susu melalui tiub. |
Faiisal sering juga menziarahi atuknya. |
Masih di wad premier. |
Bonda sedang dirawat. |
Ketika di wad biasa, memang sangat kerap anak-anak dan menantu dan cucu datang melawat. Ada jugak yang bawak makanan pelbagai macam. Jadi kami yang kebetulan ada kat sana akan menyambut dengan mesra terhadap pembawa-pembawa makanan. Tapi lepas makan dan kenyang, bilik mesti selalu dikemaskan supaya kuman tak mudah membiak dan suasana lebih sihat.
Menjamah sate Hj Sahmuri Kajang dengan penuh selera. |
Sate ini Pak Nyah yang belanja. |
Pak Nyah dan Mak Nyah yang belanja sate. |
Keadaan bonda sekarang kelihatan lebih sihat. Namun begitu bonda masih sukar untuk membuat pergerakan secara menyeluruh, melainkan sekadar menggerakkan kedua tangannya. Pertuturannya juga masih belum dapat diluahkan. Lebih banyak memberi bahasa isyarat yang memang difahami oleh anak-anak. Semoga bonda akan lebih sihat walafiat dari sehari ke sehari. Itu doa dan harapan kami.
Ali tak lekang dari buku pasal masih dalam suasana SPM. |
Syura telah sedaya upaya nak menghabiskan biskut dalam tin pasal dia sangat lapar. Tersangatlah lapar sebenarnya. |
No comments:
Post a Comment