Cerita minggu lepas pasal menyambut hari jadi Haikal di Jungle Gym, Bangsar masih belum selesai. Ni aku nak sambung balik. Lepas kitorang solat maghrib, anak-anak terus masuk dalam tempat permainan kanak-kanak yang sangat luas, berliku-liku dan sangat hebat. Mula-mula aku duduk kat luar. Lepas tu aku masuk kat dalam pasal nak ambil gambar. Semua peralatan memang di-design untuk budak kecil. Jadi bila orang dewasa masuk ke tempat tu, siap kena bongkok dan merangkak lagi. Letih jugak nak bergerak dari setempat ke setempat.
Di pintu masuk Jungle Gym. |
Buaya ni tak dapat bergerak pasal Wanie duduk kat atas kepala dia. |
Syahmie jadi Tarzan. Ooooooo....... |
Wanie nak jadi Tarzan jugak. Tapi tak berhasil. |
Aku nengok anak-anak aku, especially Amier, terlalu seronok sampai macam tak nak balik. Kejap dia lari kat sini. Kejap lagi dia lari kat situ. Setelah puas mengambil gambar dan menengok bebudak main, aku sendiri pun rasa nak main kat situ jugak. Yang paling aku nak try sekali ialah gelungsur mega yang sangat tinggi dan licin. Masa aku slide tu aku rasa bukan main laju lagi dia turun. Ada dekat 300 km/j lajunya. Gayat jugak. Al-maklumlah dah lama tak buat benda-benda macam ni. Setelah puas main, barulah kami pakat-pakat pulang. Waktu tu kalau tak silap aku dah nak pukul 9 malam. Terima kasih kepada Zuan dan Sri kerana menjemput. Kami semua happy datang ke majlis tu.
Pak Ngah ber-posing di papan gelungsur mega yang hebat. |
Wanie marah kat patung ni. Nak belasah patung ni cukup-cukup. |
Wife aku pun nak belasah patung yang sama. |
Amier berenang di lautan bola warna-warni. |
Syahmie pun nak try main dalam bola kaler. |
Wanie dan bola merah. |
Syahmie di laluan berliku. |
Salleh dan Ali baru lepas turun dari slide. |
Salleh bersedia untuk menembak penjahat durjana. |
Pak Tam dan geng baru dibebaskan dari penjara Spiderman. |
No comments:
Post a Comment