Tajuk blog kali ni - "Beraya di hospital" adalah idea kakak ipar aku. Okay-lah tu pasal memang pun kami beraya di hospital sebelah petang untuk menziarahi ibu mentuaku yang baru dibedah dan sedang dirawat. Kami anak beranak pergi ke hospital. Di hospital dah ada ramai orang yang menemani ibu mentuaku. Masing-masing ada membawa makanan untuk dikongsi beramai-ramai. Kami bawaklah nasi ambeng berlaukkan tempe, ayam goreng berempah, sambal goreng jawa, daging dendeng dan serondeng dua bungkus. Dapatlah masing-masing jamah sorang sedikit.
|
Isteriku bersantai di bilik bonda. |
|
Kak Long tengah makan malam. |
|
Ika, Yaya dan mama mereka. |
|
Mama Sofi baca magazine. |
|
Intan nengok Amier main I-Pad. |
|
Pak Tam cuba nak cam muka-muka penjenayah yang dikehendaki polis. |
|
Tiga bujang besar dan satu bujang kecik. |
Aku nengok bonda nampak lebih lemah dari semalam. Anak-anak dan cucu mengurut-urut kaki bonda agar beliau merasa lebih selesa. Bonda cuma boleh makan pakai tiub aje buat masa ni. Segala macam vitamin dan susu diberikan melalui tiub. Semoga bonda akan lebih bertenaga selepas ini.
|
Baru lepas solat maghrib. |
Selepas solat maghrib, aku pulang ke rumah sekejap. Hantar anak-anak pulang. Ibuku pula yang ikut ke hospital dengan membawa tiga lagi bungkus nasi ambeng. Waktu tu memang time makan malam. Dua bungkus nasi tu licin licap dimakan oleh pemakan-pemakan yang jagoan yang terdiri dari pakcik Karim, Koas, Kois, Akid dan Faiisal. Satu bungkus lagi dimakan oleh Intan dan geng. Seronok aku nengok mereka makan penuh berselera sekali.
|
Makan time, diterajui oleh pakcik Karim. |
|
Kois (baju hitam) mula-mula macam malu. Lepas tu dia yang bedal habis-habisan. |
|
Serang hendap terhadap nasi di ambeng sore. |
Sebelum pulang, aku ternampak satu kafeteria kat tingkat bawah hospital milik Akid. Wah! Akid ni diam-diam dah bukak kafeteria. Tak beri tau kami pun. Lepas ni bolehlah kami kerap makan free kat situ. Betul taki Akid?
|
Pak Andak dan Mak Anjang mengurut kaki bonda. |
|
Restoran Akid. Ya ke ini Akid punya restoran? |
No comments:
Post a Comment