Petang semalam, lepas ambil wife aku dari ofis, kami ke Hospital Ampang Puteri untuk melawat bonda mentuaku yang masih terlantar sakit di ICU, selepas menjalani pembedahan membuang barah di ususnya. Hari sebelum tu kami nengok bonda agak lemah. Tapi semalam nampak gayanya bonda lebih bertenaga. Pertuturannya lebih jelas. Di monitor aku nengok bacaan degupan jantung dan nadinya semakin meningkat ke arah normal. Sambil bibir bonda berzikir, tangannya diangkat-angkat untuk membuat regangan. Itulah arahan dari pihat perawat agar edaran darah berjalan dengan lebih baik. Semangat bonda memang kuat, walaupun mengalami penyakit yang kronik. Kami anak-anak memang selalu mendoakan agar bonda cepat sembuh dan mengharapkan Allah akan memberikan ganjaran yang sangat hebat di akhirat kerana kesabaran bonda menghadapi dugaan yang besar ini.
Pintu depan I.C.U. |
Faiisal dan Ika menanti giliran nak jumpa Atuk Pon. |
Ayahanda Atan wajahnya murung. Selalu memberikan semangat buat isteri tersayang. |
Mak Long, Ika dan Abby selepas melawat Atuk Pon. |
Bersama Faiisal merenung jauh ke hadapan. |
Anak-anak memujuk dan menenangkan hati ayahanda Atan. Abby sebagai pengadil. (Tak taulah pulak apa yang nak diadili). |
No comments:
Post a Comment