Setelah cukup tempoh 5 bulan lebih, pelajar Politeknik yang buat praktikal kat ofis aku akan terpaksa meninggalkan ofis untuk kembali ke kampus belajar dalam kelas. Kali ni giliran Najmy pulak (dari Politeknik kat Tanjung Karang). Najmy buat praktikal kat sini secara bidan terjun. Cari tempat buat praktikal kat Shah Alam, tapi kena hantar kat Bandar Seri Putra. Jauh tuuuu... Tapi demi menunaikan tanggung jawab kepada nusa dan bangsa, agama dan negara, demi dunia dan planet, Najmy melangkah jugak kaki masuk ke ofis kami dan melalui hari-hari yang mendebarkan dan penuh dengan pekerja-pekerja yang insya-Allah waras.
Kad penghargaan yang memang aku bagi kat hampir semua student praktikal. |
Hari ni merupakan hari terakhir Najmy melepak kat ofis. Jadi bos aku ajak makanlah kat Bangi. kami makan kat restoran Jawa - Ayam Bakar Wong Solo. Mula-mula kami ingat nak makan kat restoran Wong Ah Meng. Tapi takut tak halal pulak. Buang Ah Meng, ganti dengan Solo. Baru halalan toyyiban. Masing-masing order set ayam penyet atau ayam bakar. Dan ada tambah sikit beberapa lauk lain penambah perisa. Waktu tu dah nak time sembahyang Jumaat sebenarnya. Jadi aku makan macam ular sawa lah. Masuk mulut, telan. Masuk mulut, telan. Aku paling cepat habis makan dan licin pinggan. Ahmad pulak memikirkan waktu solat, terus dia takda selera nak makan. Setengah pinggan aje habis. Itu pun cuma makan pinggan aje. Nasi tak makan. Bila selesai makan, semua yang lelaki cepat-cepat bingkas bangun dan meninggalkan restoran sambil beri ucapan, "Terima kasih, puan".
Menuju ke Restoran Wong Solo bagaikan perajurit menuju medan perang. |
Nasi dah sampai, tapi belum baca doa makan lagi. |
Najmy ni datang ofis aku pada time yang tak berapa tepat sebenarnya. Masa tu kerja tengah tak berapa ada. Maklumlah, projek takda. Jadi dia buat benda yang remeh-temeh ajelah. Tugas-tugas yang lebih besar dan mencabar seperti menjadi chairman meeting, interview PM, pikul guni simen, atau design kapal selam, tak dapatlah Najmy merasa buat. Nasib baik si Najmy ni peramah dan mudah to get along dengan semua orang. Dia suka ambil gambar orang dan benda-benda. Segala macam gambar ada terkandung dalam kamera dia. Semoga Najmy akan lebih berjaya pada masa yang akan datang. Tak kiralah bidang senibina ataupun fotografi. Akhir kata, selamat maju jaya!
Lauk-pauk tak habis. Azni dan bos aku kena habiskan sampai licin pasal they all perempuan, tak pergi solat Jumaat. |
No comments:
Post a Comment