Hari Jumaat lepas merupakan hari penyampaian hadiah buat murid-murid yang cemerlang di Sekolah Kebangsaan Ampang. Aku dan isteri ambil cuti untuk menyokong anak-anak kami yang akan mengambil hadiah nanti. Awal pagi kami dah sampai kat Dewan Dato' Setia Haji Mufti Shuib, Bangunan UMNO Bahagian Ampang. Aku pun hairan jugak apasal tetiba tahun ni buat kat tempat yang lebih special. Selalu buat kat dewan sekolah aje. Dewan tu memanglah lebih canggih dengan sound sistem yang lebih mantop!
|
Pelajar pemain kompang menyambut ketibaan Dato' Ismail Kijo. |
|
Dewan ketika kosong. Agak canggih. |
Acara bermula sejurus Dato' Ismail Kijo sampai kat dewan. Dia ni penyelaras Parlimen Ampang. Pengacara majlis merupakan guru-guru sekolah. Setelah diceritakan oleh guru besar, barulah kami tau kenapa tahun ni buat penyampaian hadiah kat dewan UMNO. Sebabnya nak jadikan upacara pemberian RM100 kepada pelajar sekolah sebagai suatu kejadian yang dahsyat dan hebat. Maklumlah, acara ni mestilah di-magnify supaya semua orang terasa kewujudannya. Al-maklumlah, nak dekat pilihanraya. Wife aku telah dipilih sebagai salah seorang ibubapa yang akan mengambil cek tipu RM100 sebagai simbolik pemberian dana itu oleh pihak kerajaan.
|
Cikgu Rosmainie dan cikgu Nordiyana sebagai pengacara majlis. |
Upacara bermula dengan menyanyikan lagu Negaraku dan ikrar guru sebagai pekerja kerajaan. Lepas tu guru besar bagi ucapan panjang lebar bermula dari zaman Pak Kaduk sampailah ke zaman IT yang serba canggih ini. Lepas tu giliran Dato' Ismail Kijo pulak bagi ucapan. Ucapan Dato' Ismail Kijo lagilah panjang. Dia siap cerita dari zaman dinosaur, termasuklah pasal t-rex, apatosaurus, diplodocus, triceratop dan semua jenis-jenis dinosaur yang pernah wujud kat muka bumi ni. Sampailah ke zaman akan datang, zaman rumah duduk kat spaceship atas langit kat bulan dan planet-planet. Jenuh jugak kami nak layan cerita beratus episod ni. Hari tu hari Jumaat pulak tu. Nak kejar waktu solat Jumaat lagi. Selepas habis berucap, semua penonton memberi tepukan super gemuruh serta buat standing ovation lagi. (Bukan pasal cerita yang sangat menarik, tapi pasal akhirnya selesai jugak cerita bersiri 100 episod ni).
|
Cikgu-cikgu baca ikrar tak nak piat telinga budak lagi pada tahun hadapan. |
|
Cek besar untuk sekolah dari kerajaan Malaysia. |
Lepas semua yang nak berucap dah berucap, acara dihentikan sekejap untuk makan-makan. Kami disajikan dengan nasi lemak dan kuih muih serta air mineral. Sedap jugak nasi lemak dia. Tapi tak boleh tambah pasal dah buat budget ngam-ngam. Lepas makan kami pun naik atas.
|
Makan time. Memang masa ni tengah lapar. |
|
Bangunan UMNO cawangan Ampang. |
|
Pelajar UPSR 5A pakai jubah dan masuk ke dalam dewan. |
Kat dewan aku dan wife duduk kat barisan ketiga dari depan. Kira okaylah tu. Senanglah nanti nak ambil gambar. Tak lama lepas tu ada seorang ibu datang duduk sebelah wife aku. Dia punya bau minyak wangi tersangatlah kuat. Aku rasa dari haruman campuran macam-macam jenis bunga termasuklah bunga tahi ayam, bunga manggar, bunga raflesia, bunga bank dan bunga tayar kereta. Menusuk hidung jugaklah. Tak kena gaya boleh terus dapat resdung. Wife aku terlalu tak tahan. Maklumlah, pembawakan budak. Lalu aku tukar tempat dengan wife aku. Hidung aku ada penapis, bulu hidung yang lebih panjang dan lebat, serta misai jugak. jadi aku bolehlah tahan sikit bau dia.
Acara dimulakan dengan persembahan tarian dan kemudian perarakan masuk pelajar yang dapat 5A dalam UPSR. Siap pakai juabah lagi macam kat universiti. Mak bapak merasa bangga bila anak-anak ini masuk dewan dan beratur di atas pentas.
|
Beratur dengan bangga dengan kejayaan UPSR 5A. |
|
Syahmie ambil hadiah duit pasal dapat 5A dalam UPSR. |
|
Pelajar cemerlang bergambar bersama. |
|
Syahmie duduk tepi kontrol gembira pasal dia seorang pengawas. |
Lepas tu barulah penyampaian hadiah untuk tokoh-tokoh murid seperti tokoh pelajar keseluruhan, tokoh akademik, tokoh pembimbing rakan sebaya, tokoh paling kemas, tokoh kokurikulum, tokoh nilam (paling banyak baca buku), tokoh murid prihatin, tokoh budi bahasa, tokoh prestasi meningkat, tokoh pelajar kuat makan, tokoh pelajar suara paling kuat, tokoh pelajar paling glamer dan tokoh pelajar yang paling hensem yang pandai memasak dan mengemas rumah serta suka main play station sambil makan biskut marie di waktu lapang. Memang banyak sungguh hadiah untuk segala macam tokoh pelajar. Syahmie dapat hadiah Tokoh Pengawas. Aku rasa memang layak betul Syahmie dapat anugerah tu pasal dia sangat serius masa kat dewan. Ibubapa dan murid-murid yang buat bising kat dewan tu semua dia ambil nama nak bagi kat guru disiplin lepas ni.
|
Arif, anak YDP Md Nor dapat Tokoh Akademik. |
|
Syahmie dapat Tokoh Pengawas. |
|
Hadiah Tokoh Pengawas. |
|
Wanie dapat hadiah terbaik dalam kelas dan aliran tahun 4. |
Selain dapat hadiah Tokoh Pengawas, Syahmie jugak dapat hadiah terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan. Wanie pulak dapat hadiah terbaik dalam kelas dan aliran tahun empat. Masa anak-anak aku ambil hadiah, aku terpaksalah duduk dekat dengan pentas nak dapatkan shot yang paling fotogenik dan angle yang paling hebat.
|
Ibubapa sangat ramai yang datang. |
|
Syahmie dapat hadiah terbaik Bahasa Melayu penulisan. |
Lepas habis upacara penyampaian hadiah, pelajar-pelajar buat lagi persembahan, termasuklah tarian, koir dan main muzik. Lepas tu pemberian dana RM100 kepada pelajar melalui ibubapa. Aku kutip RM200 mewakili anak-anak aku Syahmie dan Wanie. Bila itu pun selesai, Syahmie jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya dan memberikan hadiah cenderahati sebatang pen buat kenang-kenangan dan sebagai tanda penghargaan. Turut bergambar dengan guru-guru tersebut sebelum kami balik pulang ke rumah untuk bersiap solat Jumaat pulak.
|
Dengan cikgu Ayu. |
|
Dengan cikgu Naimah. |
|
Dengan cikgu Suzana. |
|
Dengan cikgu Zuraina. |
|
Dengan cikgu Wan Rohani. |
|
Dengan cikgu Zuraini. |
|
Syahmie dengan hadiahnya. |
|
Wanie dengan hadiah yang diperolehi. |
No comments:
Post a Comment