Deepavali lepas tatkala ada yang sedang asyik makan maruku perasa kari yang pedas, aku telah ke Tasik Titiwangsa untuk bersama geng-geng tenisku. Sebelum tu aku ke kedai Mak Jah kat Ampang Jaya beli sarapan. Sesampai di sana, geng abang Said ajak aku main tenis dengan diorang pasal tak cukup lagi sorang untuk main tenis. Lalu aku pun join-lah mereka. Aku partner denan Prof Egypt. Dah lama aku tak main dengan Prof.
Prof memang punyai karaktor yang suka bising bila bermain. Masa dulu-dulu aku main tenis dengan dia, sering jugak aku kecil hati dengan dia. Tapi lama-lama dah faham karaktor dia, dan dia pun dah faham karaktor aku, maka kami jadi rapat dan selalu bergurau dengan dia. Gurau Prof agak kasar. Tapi aku dah lali sebab Prof memang seorang yang kelakar. Prof jugak pemain tenis yang sangat hebat. Team kami ketinggalan 1-4. Tapi kami tak putus asa dan terus berjuang sehingga kami akhirnya menang 6-4. Prof Egypt punyalah happy sampai dia bagi aku 15 sen. Ya. 15 sen aje, bukan RM15. Main dengan geng diorang memang cukup memenatkan. Pasal diorang semua terer-terer belaka dan sangan konsisten. Tak macam group aku yang selalu buat mistake dan rally pun tak panjang. Patutlah Prof Egypt beralih geng dari kumpulan kami masuk pulak kumpulan Said dan Kamal.
Prof Egypt jugak penat lepas menang 6-4 partner dengan aku. |
Lepas main dengan geng terer, aku ke court sebelah, iaitu geng aku sendiri. Main satu set aje pasal dah agak penat. Macam biasa aku partner dengan abang Hj Nordin dan kami menang lawan Syed dan Bob. Aku pulak dah semakin serasi bila partner dengan abang Hj Nordin. Aku ingat lagi. Kalau tahun lepas, susah benar aku dan abang Hj Nordin nak menang bila partner berdua. Sekarang sebaliknya pulak yang berlaku. Dan aku sangat happy dengan pertukaran ini.
Bob dan abang Halim. |
No comments:
Post a Comment