m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, November 30, 2011

Chini dan kayu-kayan

Semalam aku ke Tasik Chini lagi dengan Nasoha. Kami berdua naik kereta milik Nasoha. Sampai Chini kira-kira jam 11.10 pagi. Lalu menghadiri meeting yang kemudiannya ditamatkan pada jam 1.15 tengah hari. Sempat aku jengah kejap kat kawasan tapak projek dan nampak pokok-pokok kayu yang telah ditebang dan dibuang kulitnya untuk dibuat kayu api. Eh eh! Tak kan nak buat kayu api kot. Untuk buat screen tingkap sebenarnya. Kat tapak tak ada aktiviti langsung. Entah ke mana perginya para pekerja. Cuti Awal Muharram tak habis lagi gamaknya.

Suasana hutan yang damai.

Laluan penting yang sempit.
Kat kawasan ni memang sangat tenang. Tapi kalau jalan sorang-sorang suspen jugak. Jalan yang sempit dan macam tak teratur ni sebenarnya jalan penting untuk pak-pak menteri keluar masuk ke Kem PLKN yang terletak lebih jauh ke dalam. Tasik terletak di sebelah lembah. Kami tak ke sana sebab tak ada keperluan. Tapi kat situlah ada banyak ikan air tawar yang sedap digoreng dengan cili. Isy isy isy, sampai terliur aku dibuatnya.

Pokok kayu dirawat di sini.

Macam nak buat kayu api pun ada.
Kami ke kedai makan yang terletak sangat jauh dari tapak projek. Kedai tu milik Pak Wan Ikan Sungai. Itulah gelaran yang diberi kepada pemilik kedai makan tersebut.  Yang memandu kami ialah Sharizal dan Hambali. Kedai makan tu simple dan kecil aje. Tapi masakannya sangat sedap dan yang paling aku suka pasal ada banyak ulam-ulaman yang aku tak pernah kenal. Masa kami datang tu dah agak terlewat. Jadi banyak ulaman dah habis. Aku terpaksa kutip saki-baki daun-daun entah apa serta tangkai-tangkai untuk dijadikan ulam. Dan setiap kali aku makan ulam, setiap kali tu jugak aku akan mengembek kegembiraan. Dan aku menjadi lebih gembira bila makan tengah hari tu Hambali yang belanja. Terima kasih daun keladi. Setelah tangki perut kami berisi, tangki minyak kereta pulak perlu diisi untuk mengharung perjalanan pulang yang masih jauh.

Pak Wan sedang mengira apa yang dimakan oleh Hussin dan Saifuddin.

Perkaitan restoran dan lumba kereta

Aku sekeluarga bersama ibuku telah ke Shah Alam hari Isnin lepas. Ibuku nak pergi berubat dengan seorang tabib keturunan Arab. Sementara menunggu urusan ibuku selesai, aku bersama isteri dan anak-anak kami telah ke sebuah restoran yang terletak berdekatan.  Nama restoran tu ialah Restoran Ikan Laga. Yang menarik perhatian kami ialah papan iklan yang tertulis perkataan "Patin Tempoyak & Patin Pais Temerloh". Lalu kami pun ke sana untuk makan tengah hari jam 11 lebih pagi. Ibuku hari tu sedang berpuasa. Jadi dia tak turut samalah.

Di depan kedai.
Sewaktu nak mendekati restoran, kami terpaksa berhati-hati kerana kawasan rumput tak jauh di hadapan restoran dipenuhi najis kucing yang kebetulan suka makan ikan patin masak tempoyak. Bila kami sampai kat dalam restoran, kami bagai terkedu seketika. Kami jangkakan interiornya mempunyai suasana kampung, selaras dengan tema masakan kampung yang diuar-uarkan. Tapi kami nengok kat bahagian dalam kedai penuh dengan gambar kereta racing. Jubin dan corak lantai pun dikaitkan jugak dengan hal-hal berkenaan lumba kereta. Eh! Salah kedaikah kami? Bila menu diberikan, barulah kami confirm tempat tu memang betul. Masa tu sorang pelanggan pun tak ada. Cuma kami aje. Mungkin tema arena litar lumba kereta ni agak sedikit mencemaskan pengunjung. Mungkin ada yang takut kena langgar kereta atau merasa tempat tu tak selamat untuk kanak-kanak. Atau mungkin masing-masing berpendapat menu-nya terdiri dari spark-plug masak kari, steering masak steam atau tayar masak tiga rasa. Bila kami nengok harga patin buah dan patin liar, terus kami kensel dari nak makan ikan patin. Agak mahal. Jadi kami order yang biasa-biasa ajelah seperti nasi goreng dengan minuman pelbagai.


Bergambar di depan pintu masuk.
Setelah menunggu untuk seketika, juadah pun sampai dan kami pun makan dengan gembiranya. ABC dan lencikang-nya agak sedap. ABC dia berwarna garang. Siapa makan terus jadi garang macam harimau. Auuummm!!! Masakan yang lain kira okay jugaklah dengan harga yang berpatutan. Ada jugak aku nak try order ikan laga masak tomyam atau masak goreng cili. Tapi dia tak jual pulak. Lepas makan kami terus kembali ke tempat ibuku berubat. Dan kemudian pulang ke rumah.

Gambar-gambar kereta racing banyak tergantung di dinding.

Amier makan dengan seleranya.

"Yaaaa... saya sudah kenyang!"

Sedang asyik menjamu selera.

Krup! Krap!! Terkepak tulang

Pada hari Isnin lalu aku dan wife cuti pasal cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Ahad. Mak aku mengambil kesempatan waktu aku cuti untuk ajak aku pergi ke Taman TTDI Jaya, Shah Alam jumpa satu pakar perubatan alternatif. Dengar cerita tabib tu keturunan Al-Arabia dan berumur lebih 100 tahun! Nama dia Shaikh Omar. Mak aku nak rawat lututnya yang dah lama sakit. Jalan pun terhincut-hincut. Aku lalu mengajak seluruh keluarga aku untuk ke Shah Alam sambil hantar mak aku pergi berubat, kami pergi jalan-jalan musim cutilah.

Rumah Tabib Shaikh Omar.
Kami pernah ke sini sekali, tapi masa tu tabib tu takda rumah. Jadi kali kedua ni aku konfiden sikit nak cari rumah dia. Tapi over konfidenlah pulak sampai sesat barat. Lalu wife aku gunakan dia punya I-Pad untuk cari arah. Syukur. Kami tiba dengan selamat.  Sesampai di sana memang cukup ramai orang yang sedang menungu untuk berubat. Rumah dia memang berbau herba. Banyak betul ubat-ubatan buatan sendiri kat ruang tamu, tempat beliau berubat. Aku pimpin mak aku sampai kat dalam. Kemudian aku nengok sekeliling. "Yang mana satu tabibnya?" bisik hati aku. Bila aku nengok betul-betul barulah aku tau. Rupanya atuk yang pakai t-shirt putih dan seluar jeans tu. Rugged jugak atuk ni rupanya. Fizikalnya macam orang baru berusia 70an. Nampak masih gagah lagi.

Aku tunggu untuk seketika untuk mengetahui kaedah rawatannya. Lalu tiba giliran seorang pesakit wanita berbadan agak gempal dalam usia 50an. Lutut dan bahunya sakit. Mula-mula dia rawat lutut. Tabib tadi menekan sekuat hati sambil memberikan beberapa karate ke atas lutut pesakit tadi. Berkerut muka pesakit menahan hentakan bertalu-talu dari pak tabib. Lepas tu dia rawat pulak bahu pesakit. Bahu dipegang kemas. Lalu tak semena-mena dia mengepak bahu pesakit tanpa ehsan. Pesakit cuma diam, walaupun dalam hati menangis sambil mengaduh. Lepas tu pak tabib berkata dalam loghat utaranya, "Okay, dah boleh berlari dah. Tangan pun dah boleh angkat. Merdeka. Merdeka!" Pak tabib memang banyak berceloteh dan berjenaka semasa merawat orang sakit. Tapi jenakanya agak kasar. Siapa yang tak tahan, boleh panas jugak telinga mendengarkannya. Lepas rawatan, pembantu pak tabib akan memberikan ubat-ubatan 'made in sendiri' seperti yang diarahkan. Pantang larang ketika berubat memang banyak, bergantung kepada jenis penyakit. Bagi pesakit sendi misalnya, tak boleh makan labu, kobis, ubi, dan tah apa lagi. Aku pun tak berapa nak ingat. Lepas giliran mak aku selesai, barulah kami balik. Waktu tu dah tengah hari.

Monday, November 28, 2011

Ulangtahun di Saloma Bistro

Sabtu malam, aku dan isteri ke Saloma Bistro kat MATIC Jalan Ampang untuk sambut hari anniversary perkahwinan kami yang ke-15. Masa baru berkenalan dulu, kami selalu kat sini tengok persembahan teater atau berlatih teater. Tapi sekarang tempat ni dah jadi agak asing pulak bagi kami. Tarikh ulangtahun tu sebenarnya dah lepas. Tapi baru nak meraikan pada malam hari Sabtu lalu. Wife aku yang book tempat. Kami bertolak lepas solat maghrib, dan lepas ziarah bonda kat hospital. 

Ruang makan tu nampak agak lengang. Yang ramai ialah pelancong yang aku kira dari Iran kot. Kami sampai kira-kira jam 8 malam. Terus capai pinggan dan makanan yang terhidang. Makanannya taklah berapa hebat. Tapi ada show tarian tradisional yang menjadikan malam tu lebih meriah. Persembahan pentas hanya bermula kira-kira jam 8.30 malam. Dan berterusan sampai jam 9.20 malam.

Acara makan pun bermula.
Bergaya sejenak sesudah makan.
Makan buah-buahan lagi sedap.
Suasana dewan memang agak lengang sedikit.
Di luar dewan makan.
Tak kurang 10 persembahan yang dipertontonkan kepada pengunjung. Pelancong asing memanglah sangat teruja dengan segala macam tarian etnik kreatif, termasuklah tarian Melayu, Cina, India dan suku kaum Sabah Sarawak. Satu-satu tarian tu tak lama masanya.

Tarian selamat datang.
Pakaian penari memang sangat colourful, macam raya.
Tarian ala timur tengah.
Tarian India - one person show.
Yang ni tarian joget kot.
Tarian Cina paling simple. Main goyang selendang dari mula sampai habis.
Aksi kungfu tak keluar pulak masa mereka menari.
Tarian etnik Sabah Sarawak yang telah dimodenkan.
Mamat kat belakang tu sebenarnya nak masak lemang. Tapi kena panggil untuk menari pulak.
Bila tiba giliran mempersembahkan tarian suku kaum Sarawak, keluarlah satu mamat dengan sumpit beracun. Lalu dia menyumpit belon yang dibawa oleh penari hingga pecah. Tak cukup dengan itu, penyumpit itu siap menyumpit segala belon hari jadi di kawasan Lembah Kelang hingga tak ada satu belon pun yang dapat dilihat terapung-apung di udara. Lepas tu dia tanya, ada sesiapa yang nak cuba menyumpit. Ada satu mamat Iran ni angkat tangan dan terus menyumpit dengan satu sumpitan yang sangat hebat dan kuat hingga menyebabkan dinding bangunan retak, dan tiang bengkok sampaikan bangunan hendak runtuh. Tapi mujur tak runtuh pasal engineer yang design bangunan tu dah ambil kira faktor bangunan kena sumpit.

Pakar sumpit terhebat di Nusantara.
Nyanyian lagu "Malaysia Truly Asia" sebagai penutup persembahan.
Selain mengajak penonton menyumpit, penonton juga diajak untuk menari bersama penari-penari yang lain. Ada dua orang yang volunteer. Satu mamat badan macam Conan, yang berketul-ketul. Satu lagi mamat yang kerempeng macam kayu. Mamat yang badan macam kayu tu dia punya tarian pun memang macam kayu jugak. Tapi mamat yang badan berketul tu tarian dia agak lembut pulak. Dua-dua tu aku rasa orang Iran. Semua orang memberi tepukan gemuruh sejurus mereka turun dari pentas kerana mereka sporting.

Bergambar dengan penari.
Nengoklah betapa warna-warninya pakaian penari-penari.
Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan penari dan sessi ambil gambar bersama penari kebudayaan. Lepas tu bila dah habis show, terus kedengaran lagu al-arabia. Geng-geng Iran yang macam ala-ala mabuk tu pun bersahut-sahut sambil menari-nari. Waktu tu kami pun meninggalkan dewan untuk pulang ke rumah. Perut pun dan kenyang sangat pasal banyak minum air.

Geng Iran yang mendominasi dewan. Yang baju belang tu pandai jugak dia menari rentak Melayu.
Bergambar sebelum pulang.
Sebelum balik, kami sempat ambil gambar kat luar bangunan, kat lampu kelip-kelip tepi jalan. Try juga ambil gambar berlatar belakangkan Twin Tower KLCC menggunakan kamera auto-focus. Kalau dapat kamera canggih, mestilah lagi hebat hasilnya. Dan kami pun pulang dengan senang hati. La la la la la...

Lampu lip-lap ni macam perayaan Krismas pulak.
Mengambil kesempatan bergambar dengan pokok ajaib.
Pokok krismas di musim salji.
Pancaran lampu birunya membuatkan badan aku jadi biru.
Matching-lah pulak pokok tu dengan baju aku.
Di Saloma Bistro.
Background KLCC Twin Tower.


Majlis perkahwinan di kawasan orang kaya-kaya

Sabtu tengah hari kami dah bersiap nak pergi ke majlis perkahwinan dua pupu aku kat Shah Alam. Dua pupu aku tu sebenarnya dah senior. Isteri pertama dah meninggal. Ini perkahwinan kali kedualah. Tapi aku tak berapa kenal dengan dua pupu aku yang ini. Mak aku kenal lah agaknya. Sejurus aku memasukkan kunci dan membuat pulasan untuk start enjin kereta, tiba-tiba kereta Exora tu berbunyi, "Hik eeehhh... hik eeehhh." Lain macam aje bunyi dia. Macam ala-ala semput. Sekali aku nengok kat indicator dia, tertulis ayat "Low Battery". Mentang-mentang kereta tu dah lama tersadai tak dibawak berjalan, nak tunjuk perasaan pulak dia. Terpaksalah aku ke bengkel kereta untuk beli bateri baru.

Kat bengkel, ada sorang mekanik bangsa Thailand dari Chiengmai, menengok kereta Exora tu. Bateri lama ditanggalkan. Dimasukkan pula bateri baru. Tapi punyalah slow macam siput campur kura-kura. Itu pun tak berapa nak ngam pasal tombol bateri dia lain sikit dari bateri yang lama. Isy isy isy... Geram jugak aku menunggu. Orang nak cepat ni. Setelah sekian lama, barulah datang seorang mekanik senior yang baru sampai ke bengkel dari tempat lain. Dia nengok cara mekanik Siam ni pasang bateri, dia tak puas hati. Dia bukak balik, dan tak sampai sekelip mata, dah siap dengan cara pemasangan yang lebih berhemah, kemas, lengkap dan sedikit hensem. Aku pun buat bayaran dan beredar dengan senang hati.

Inilah bateri lama yang dah lemah semangat dan merajuk.
Dan bermulalah perjalanan kami ke Shah Alam. Kami sampai agak lambat pasal aku ikut jalan yang jam. Bila sampai di rumah pengantin, makanan dah nak habis. Tinggal bihun soto aje dan lauk sedikit sebanyak, tapi takda nasi. Kami makan dulu apa yang ada. Tengah lapar memang sedap jugak makannya. Setelah beberapa ketika, barulah sampai nasi. Siapa yang masih lapar makanlah nasi pulak. Aku dah makan soto dengan agak banyak, jadi aku tak larat nak makan nasi.

Sampai-sampai aje kami terus makan apa yang ada.
Nasi tiba agak lewat.
Amier makan bihun soto aje.
Merasa makanan ketika lapar memang sangat nikmat.
Pakcik aku pun sampai lewat jugak. Lagi lewat dari kami.
Semasa kami menjamu selera, ada sekumpulan pemuzik versi Jawa asli yang veteran mendendangkan lagu-lagu Jawa mendayu-dayu. Satu habuk aku tak faham apa yang dinyanyikan, walau pun aku sendiri memang berketurunan Jawa.  Aku cuma layan alunan muzik dia ajelah.

The Veteran Jawa Gang. Main lagu Jawa dari mula sampai habis majlis.
Setelah makan-makan dan bersembang, kami berangkat pulang. Aku sempat nengok-nengok keadaan perumahan sekeliling. Ini memang sah tempat orang kaya-kaya kat seksyen 8, Shah Alam. Rumah besar-besar. Business pun mesti hebat-hebat. Buat masa ni aku ambil gambar ajelah rumah-rumah yang gadang tu. Bila balik aku ikut jalan yang tak jam. Kejap aje dah sampai rumah. Aduh... mengantuklah pulak mata ni. Try tidur kejap. Malam ni ada satu lagi acara untuk dipenuhi.

Rumah kat belakang tu memang besar dan cantik.

Kembali berlatih menghayun raket

Pada hari Sabtu lalu, atas persetujuan aku dan wife aku, kami hantar anak-anak kami untuk sambung buat training main tenis yang telah lama ditinggalkan sejak kira-kira 3 tahun dulu. Wanie dan Syahmie pernah belajar main tenis dari seorang instructor yang hebat, Mr Gan kat Kompleks Sukan Bangsar. Fee yang dia kenakan pun boleh tahan jugak. Boleh kering poket dibuatnya. Tapi dia punya method of training memang bagus (bagi pendapat aku lah). Cuma agak strict sikit dan kalau sesiapa yang tak betul-betul minat memang akan cepat merasa boring dan give-up.

Buat regangan. Amier pun ikut sekali.
Kali ni aku hantar training dengan kawan baik aku, abang Hj Nordin. Geng tenis aku jugak. Memang dia bukan certified tennis coach, tapi dia dah biasa jugaklah ngajar bebudak main tenis kat sekolah-sekolah. Caranya memang agak berbeza. Tapi tak kisahlah tu. Yang penting yurannya jauh lebih murah dari yuran yang dikenakan oleh Mr Gan. Syahmie masih ingat lagi teknik memukul yang betul. Lagi pun aku memang ada ajar Syahmie masa aku main tenis sekali-sekala. Dan Wanie pulak kena start dari asal balik pasal banyak tennis tips dia dah lupa. Amier, melihat abang dan kakaknya berlatih, dia pun jadi seronok sama. Tapi dia cepat bosan. Mungkin pasal usianya yang terlalu muda, dan kat gelangang Jelatek yang kami pergi pun hari tu memang tersangat panas. Aku pun tak berapa nak tahan panas dia.

Masa buat regangan, Amier memang gembira.
Lepas training, sempat juga aku stroke dengan abang Hj Nordin untuk seketika. Tapi cepat pulaklah pancit. Bila dah lama tak bersukan, dan makan pulak menjadi-jadi banyaknya, memang mudah mengah dan sakit perut. Otot perut jadi lemah dan mudah loya. Aku nak anak-anak aku semua pandai main tenis. Nanti tak payahlah aku nak cari geng lain untuk teman aku main tenis. Main dengan keluarga sendiri lagi seronok.

Masa ni gelanggang tengah panas.