Selepas solat asar kami anak beranak ke flat Sri Sabah menziarahi ayah & mak mentuaku. Ayah nampaknya macam tak berapa sihat. Katanya kadang-kadang sesak nafasnya. Mak pulak sakit-sakit kat tulang punggungnya. Isteriku lalu mengurut-ngurut ibunya yang kerap berbaring tu. Kami ke sana membawa 2 ekor ayam golek dan setalam roti pizza. Tapi yang banyak makannya aku dan anak-anak aku, sampai terlalu kenyang kami dibuatnya. Lepas makan pun masih ada balance, jadi kami bawaklah pulang kerana aku tau ayah & mak mentua ku tak banyak makan. Kami meninggalkan flat setelah selesai azan isyak berkumandang.
Bro,
ReplyDeleteKirim salam kat Pak Atan & Makcik Pon.
-Dolah
kawan Form Six Ogie di SAB KL
Mr Dolah, akan kami sampaikan insya-Allah.
ReplyDelete:)
ReplyDelete