m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, February 16, 2011

Melayan si kucing hitam

Ini dah masuk kali ketiga kucing hitam yang kami gelar Blackie bertandang ke rumah kami. Isteriku memang pantang jumpa kucing, mesti nak bagi dia makan. Amier pulak nampak gayanya mempunyai minat yang mendalam terhadap Blackie. Keluarga kami pada dasarnya memang suka kucing, cuma Wanie aje yang kadang-kadang agak takut dengan perangai sesetengah kucing yang agak agresif.


Kucing hitam ini dipercayai milik seseorang kerana ia terlalu jinak. Maid kami kata kucing tu jiran kami yang punya. Tapi nampak gayanya ia sangat selesa bila berada di rumah kami. Mungkin sebab selalu dapat makan free, walhal kat rumah majikannya, ia terpaksa keluar duit dari poket sendiri untuk mendapatkan sesuap Friskies. 

Sebenarnya ini bukan kucing pertama yang datang dan berjinak-jinak dengan kami. Dah banyak kali kucing-kucing orang lain datang memberi salam dan bersembang kosong dengan kami. Lalu kami layan mereka sepertimana kami layan tetamu-tetamu yang lain - menjamu mereka dengan makanan apa saja yang ada. Kucing-kucing ini dah mula kenal siapa yang suka dan sayang pada mereka.


1 comment:

  1. Bro,
    Sarah dan adik-beradik memang best dengan kucing..
    paling best masa diorg nak ajar kucing berak luar rumah - diorang korek lubang dan tanam ekor kucing tu.. dulu pakai penyodok tanah atau ranting kayu je.. sekarang dah upgrade pakai excavator ke ? :)

    ReplyDelete